awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penempatan semula mesin pengimbas di KLIA T1, tingkat keselamatan, lancar aliran penumpang
Lokasi pelancongan di N. Sembilan jadi tumpuan sempena cuti sekolah
Kes rasuah Tentera Darat: SPRM kesan beberapa individu lain terlibat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 6,210 jangkitan baharu, kadar positiviti 4.28 peratus

Astro Awani
Astro Awani
21/10/2021
07:08 MYT
COVID-19: 6,210 jangkitan baharu, kadar positiviti 4.28 peratus
Menurut Dr Noor Hisham, kadar positiviti hari ini adalah 4.28 peratus hasil ujian melibatkan 145,258 individu. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan 6,210 jangkitan baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan ia menjadikan kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia adalah 2,413,592 kes.
Menurutnya, kadar positiviti hari ini adalah 4.28 peratus hasil ujian melibatkan 145,258 individu.
Daripada jumlah itu, 24,687 individu melakukan ujian menerusi RT-PCR, 72,897 menerusi RTK-Ag (P) dan 47,674 melakukan ujian menerusi RTK-Ag (K).
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: covidnow.moh.gov.my
Sehingga 21 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,210 kes (2,413,592 kes). Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam. pic.twitter.com/I0fkIUGLrO
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) October 21, 2021
"Daripada 6,210 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 116 kes (1.9 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5 dan 6,094 kes (98.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2," memetik kenyataan tersebut.
Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham memaklumkan 7,562 kes sembuh dilaporkan hari ini dengan kumulatif sembuh ketika ini adalah 2,303,583 kes.
Sementara itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah 677 kes dengan 319 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan terdapat enam kluster baharu dengan 591 kluster masih lagi aktif.
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#jangkitan baharu
#kes harian COVID-19
#kadar positif COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan