awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
17,000 tan sisa makanan dibazirkan setiap hari, tindakan tegas diperlukan
Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus berkurangan
Pembantu kedai perkakasan rugi lebih RM50,000 ditipu sindiket tawaran hadiah wang tunai

COVID-19: 63.3 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi - JKJAV

Astro Awani
Astro Awani
31/08/2021
00:14 MYT
COVID-19: 63.3 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi - JKJAV
Jumlah pemberian vaksinasi harian pada Isnin menunjukkan sedikit peningkatan berbanding Ahad iaitu daripada 302,804 dos kepada 361,381. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) terus menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila sebanyak 63.3 peratus atau lebih 14.8 juta individu daripada populasi dewasa di seluruh negara sudah lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19 setakat Isnin.
Penerima dos pertama daripada golongan dewasa pula adalah sebanyak 83.6 peratus atau lebih 19.5 juta orang, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) menerusi perkongsian infografik di Twitter.
Bagi keseluruhan populasi rakyat Malaysia pula, sebanyak 45.4 peratus sudah lengkap divaksinasi, manakala 59.9 peratus lagi sudah mendapatkan suntikan dos pertama.
Peratusan terkini kadar vaksinasi populasi dewasa Malaysia setakat 30 Ogos 2021.#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/W1RhlSJPDt
— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) August 30, 2021
Jelas JKJAV, jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi PICK setakat semalam sebanyak 34,388,929 dos.
Labuan terus merekodkan kadar pemberian dos vaksin tertinggi dengan 93.5 peratus atau 64,048 orang daripada populasi dewasa sudah lengkap dua dos vaksin.
Ini diikuti Lembah Klang dengan 91.1 peratus (5,614,989 orang), Sarawak 86.8 peratus (1,773,015 orang), dan Negeri Sembilan 78.4 peratus (638,412 orang), Perlis 66.1 peratus (119,725 orang), Melaka 57.9 peratus (391,952 orang), manakala Pulau Pinang 55.7 peratus (762,053 orang).
Laporan harian pemberian vaksin mengikut negeri pada 30 Ogos#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/xYIKba6OxO
— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) August 30, 2021
Sementara itu, jumlah pemberian vaksinasi harian pada Isnin menunjukkan sedikit peningkatan berbanding Ahad iaitu daripada 302,804 dos kepada 361,381.
Ia masing-masing melibatkan membabitkan 181,281 dos pertama dan 180,100 dos kedua.
PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi menggerakkan negara ke arah mencapai matlamat imuniti kelompok COVID-19.
Laporan kumulatif vaksinasi mengikut negeri setakat 30 Ogos 2021.#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/sVxG8JE2GA
— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) August 30, 2021
Topic Berkaitan
#bekalan vaksin
#COVID-19
#dos kedua
#dos pertama
#imuniti kelompok
#PICK
#Twitter
#suntikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.