awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
17,000 tan sisa makanan dibazirkan setiap hari, tindakan tegas diperlukan
Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus berkurangan
Pembantu kedai perkakasan rugi lebih RM50,000 ditipu sindiket tawaran hadiah wang tunai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 8 kes import, dua penularan dalam negara - Dr Noor Hisham

Fareez Azman
Fareez Azman
28/08/2020
08:23 MYT
COVID-19: 8 kes import, dua penularan dalam negara - Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham berkata, daripada lapan kes import, tujuh kes melibatkan bukan warganegara dan seorang warga tempatan. - Gambar fail BERNAMA
Sebanyak 10 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan sehingga pukul 12 tengahari Jumaat melibatkan lapan kes import dan dua kes penularan dalam negara.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada lapan kes import itu, tujuh kes melibatkan bukan warganegara dan seorang warga tempatan.
"Sehingga 28 Ogos 2020 pukul 12 tengah hari, terdapat 10 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,306 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 151 kes.
"Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan. Ingin dimaklumkan daripada 10 kes baharu yang dilaporkan, lapan (8) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara satu (1) warganegara Malaysia dan tujuh (7) bukan warganegara," katanya dalam satu kenyataan media pada Jumaat.
Merujuk pada dua kes penularan dalam negara pula melibatkan seorang rakyat tempatan dan seorang lagi bukan warganegara.
"Kes warganegara Malaysia yang dikesan di negeri Kedah adalah daripada saringan bergejala.
"Manakala kes bukan warganegara yang dikesan di negeri Selangor adalah kes saringan tahanan yang merupakan pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil," jelas beliau lagi.
Beliau juga berkata, sehingga kini, lapan kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan enam daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Bagaimanapun, tiada pertambahan kes kematian setakat ini kekal dengan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 125 kes bersamaan 1.34 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
Topic Berkaitan
#Bukit Jalil
#Depoh Tahanan Imigresen
#Dr Noor Hisham Abdullah
#ICU
#Kementerian Kesihatan Malaysia
#kes positif
#Ketua Pengarah Kesihatan
#rakyat
#warga asing
#warganegara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan