Kes pulih dan sembuh daripada COVID-19 terus menunjukkan peningkatan berbanding kes baharu pandemik tersebut setakat jam 12 tengah hari Ahad.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 95 kes telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kepada 3,197 kes atau 59.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
Sementara, sebanyak 84 kes baharu COVID-19 dicatatkan di negara ini, menjadikan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 5,389.
"Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 2,103 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
"Sehingga kini, seramai 46 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 26 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya dalam sidang media harian, di sini pada Ahad.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata satu kes baharu kematian dicatatkan di negara ini, menjadikan jumlah keseluruhan 89 kes.
Mangsa berusia 51 tahun merupakan warganegara Malaysia dan disahkan meninggal dunia pada Sabtu.
"Beliau mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan kencing manis, penyakit jantung dan buah pingang.
"Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19 iaitu kes ke-2,726.
"Beliau telah dirawat di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom pada 13 April dan disahkan meninggal dunia pada 18 April 2020 jam 6.49 petang," katanya.
Hasimi Muhamad
Sun Apr 19 2020

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata sebanyak 84 kes baharu COVID-19 dicatatkan di negara ini, menjadikan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 5,389.

Messi digantung perlawanan selepas terima kad merah pertama di Barcelona
Ia merupakan kad merah ketiga sepanjang karier 17 tahun Messi, di mana dia pernah diarahkan keluar padang sebanyak dua kali sewaktu mewakili Argentina.

COVID-19: Empat pejabat Exco Terengganu di Wisma Darul Iman ditutup 14 hari
Penutupan itu bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dilakukan dalam usaha mengekang penularan wabak tersebut di kawasan berkenaan.

Polis siasat insiden dua remaja kemalangan larikan diri daripada polis
Kedua-dua remaja terbabit dipercayai melanggar lampu isyarat merah sebelum terlanggar sebuah kereta.

Setakat 12 tengahari, mangsa banjir di PPS Serian tinggal 415 orang
Mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Serian setakat jam 12 tengah hari kini hanya tinggal 415 orang melibatkan 124 keluarga.

Penerbit Muzik AS Phil Spector meninggal dunia dalam penjara
Penerbit Muzik Amerika Syarikat Phil Spector meninggal dunia pada usia 81 tahun, ketika menjalani hukuman penjara kerana membunuh. Spector, yang menaikkan muzik pop dengan menemui kaedah rakaman "Wall of Sound" pernah bekerja dengan kumpulan ternama The Beatles, The Righteous Brothers dan Tina Turner.

PKP 2.0 | Benarkan restoran beroperasi selepas 8 malam - Ahli Parlimen pembangkang
Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan pada Isnin, mereka berkata ia memandangkan pelanggan tidak dibenarkan makan dalam kedai dan penjualan makanan adalah secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran ke rumah.

Peperiksaan Utama | Guru ambil pendekatan lebih santai tingkat motivasi
Dalam pada itu, Prof Dr Siti Aishah turut menyarankan agar para guru menggunakan pendekatan lebih santai untuk meningkatkan motivasi pelajar terutamanya yang bakal menduduki peperiksaan utama bulan depan.

Banjir | Pasukan tugas khas YPM akan bantu pelajar terjejas akibat banjir
Bagi memastikan tiada pelajar tercicir pasca banjir, Yayasan Pelajara Mara (YPM) menggerakkan satu pasukan petugas bagi membantu mereka terjejas di kawasan di landa musibah banjir. Menurut Pengerusi Eksekutif YPM Datuk Dr Mohd Nizar Sudin, bukan saja bantuan kebajikan disalurkan kepada mangsa banjir tetapi sokongan psikologi juga akan diberikan kepada pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Peperiksaan Utama | Pelajar perlu anggap ia sebagai permainan, kurang tekanan
Pelajar yang bakal menduduki peperiksaan utama seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dinasihatkan untuk menganggap ia sebagai satu permainan. Ini kerana menurut Pensyarah di Jabatan Pendidikan Kaunselor & Psikologi Kaunseling, Fakulti Pengajian, Pendidikan, UPM, Prof. Dr. Siti Aishah Hassan, psikologi pelajar itu berubah apabila mereka memikirkan ia sebagai satu permainan.

Banjir Sarawak | Banjir di Serian mula surut, mangsa di PPS kekal 569
Serian menjadi satu-satunya bahagian di Sarawak yang masih dilanda banjir. Bagaimanapun paras air pagi tadi berada pada trend menurun.

COVID-19: Empat pejabat Exco Terengganu di Wisma Darul Iman ditutup 14 hari
Penutupan itu bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dilakukan dalam usaha mengekang penularan wabak tersebut di kawasan berkenaan.

Menantu lelaki Noh Omar positif COVID-19
Menurut Noh Omar, menantu lelakinya itu tinggal bersama dengannya.

PKP 2.0: Bank sedia lanjutkan bantuan
Pihak industri perbankan bersedia membantu peminjam yang terjejas susulan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa negeri di Malaysia.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini berikutan pengukuhan dolar.

Talian hotline Bantuan Prihatin Rakyat ditutup sementara bermula hari ini
Talian hotline Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 1800-88-2747 ditutup sementara bermula Isnin, sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

PKP 2.0: Lelaki rempuh sekatan jalan raya COVID-19 ditahan
Hasil soal siasat awal mendapati suspek mengaku cuai sewaktu memandu kerana menggunakan telefon bimbit.

COVID-19: Brazil lulus penggunaan kecemasan dua vaksin
Brazil kini memiliki 6 juta dos vaksin Sinovac dan sedia diedarkan dalam masa beberapa hari.

COVID-19: Angka korban dunia melebihi 2.02 juta
Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 397,000 kes.

COVID-19: Kes positif dunia melebihi 94.82 juta
Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 23.87 juta kes.

Peniaga ubah strategi promosi jualan makanan pastikan perniagaan bertahan
Deretan kedai makan di kawasan tumpuan di bandar Melaka kini lengang dan hanya dipenuhi motosikal penghantar makanan.