KUALA LUMPUR: Sebanyak 97.3 peratus atau 22,788,835 individu daripada populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, seramai 23,102,672 individu daripada golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 86.6 peratus atau 2,726,239 telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,826,872 atau 89.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.
Sementara itu, bagi vaksinasi harian sebanyak 129,387 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 4,027 dos pertama dan 4,907 dos lengkap serta 120,390 individu menerima dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 55,039,657 dos.
Jumlah kumulatif dos penggalak kini 3,787,928.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 14 2021

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 86.6 peratus atau 2,726,239 telah melengkapkan vaksinasi mereka. - Gambar fail

Elaun Sara Hidup | LKIM salur RM2.3 juta untuk bantu nelayan beluran
2.3 juta ringgit dana bagi Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) disalurkan bagi membantu nelayan di Beluran. Jelas Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Yusuf Othman menerusi elaun ini 300 ringgit akan disalurkan secara bulanan kepada 716 nelayan di daerah berkenaan.

Lemas | Dua beradik hilang ketika mandi sungai
Aktiviti riadah 14 sekeluarga bertukar tragedi apabila dua beradik dikhuatiri lemas ketika sedang beriadah di Sungai Rayu, Matang, pada Isnin. Insiden berlaku sekitar jam 3 petang, ketika orang ramai sedang beriadah sempena cuti Wesak.

PRU15: Hasrat Wan Ahmad Fayhsal bertanding Parlimen Bagan Serai bersifat peribadi
Pengumuman hasrat untuk bertanding di mana-mana tempat merupakan perkara biasa setiap kali menjelang PRU.

Suami maut, isteri cedera parah kemalangan
Hasrat sepasang suami isteri untuk menunaikan ibadah umrah pada November ini, tidak kesampaian selepas terlibat dalam nahas motosikal.

Cadangan jalan pintas kurangkan risiko kemalangan maut di Terowong Menora
Berdasarkan cadangan, jalan pintas sepanjang 64 kilometer itu bermula dari susur keluar Gopeng melalui Siputeh dan berakhir di Kuala Kangsar.

Ambil langkah berjaga-jaga berikutan cuaca semakin panas, elak strok haba
Berikutan peningkatan suhu dan cuaca yang semakin panas, orang ramai dinasihat supaya mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelak daripada mengalami strok haba.

Perkelahan bertukar tragedi, dua beradik lemas ketika mandi sungai
Sebaik menyelamatkan isterinya, adik perempuannya Lee Hui Fen pula lemas kira-kira 10 meter dari lokasi pertama, Jun Suhia kemudian berenang ke arah adiknya namun kedua-duanya tenggelam.

Pendaki Gunung Suku hanyut: Operasi SAR ditangguh ekoran hujan lebat
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air di kawasan Gunung Suku, Simpang Pulai, pada Ahad, ditangguhkan sementara berikutan hujan lebat.

Pengunduran Afifi Al-Akiti langkah bertanggungjawab - MB Perak
Keputusan yang dibuat demi menjaga darjat kemuliaan Raja Pemerintah dan institusi istana.

Jabatan Perhutanan Johor siasat kes pendaki sesat di Gunung Banang Sabtu lepas
Pendaki yang sesat di Gunung Banang dua hari lepas didapati tidak memohon Permit Memasuki Hutan Simpanan Kekal sepertimana yang telah disyaratkan, kata Jabatan Perhutanan Johor.

27.5 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19
Sebanyak 1,580,723 kanak-kanak lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Kerajaan lulus RM15 juta dana tambahan untuk penjujukan genom SARS-CoV-2
Ia bagi memperkukuh ekosistem sokongan pembiayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) susulan penularan wabak COVID-19 di Malaysia.

Lebih 26% kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19
Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,897,493 atau 93.1 peratus telah lengkap vaksinasi manakala 2,994,981 atau 96.2 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Lebih 132,000 kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19
Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 2,860,287 individu atau 91.9 peratus lengkap divaksinasi.

Hampir 16 juta populasi dewasa negara terima dos penggalak
Sejumlah 22,956,764 individu atau 97.6 peratus daripada populasi dewasa telah melengkapkan vaksinasi.

Lebih 33,000 kanak-kanak telah lengkap vaksinasi COVID-19
Sejumlah 1,353,774 kanak-kanak 5-11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Lebih 1.3 juta populasi kanak-kanak di Malaysia terima vaksin COVID-19
Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,848,821 individu telah melengkapkan vaksinasi.

Lebih 15 juta individu dewasa Malaysia terima dos penggalak
Setakat Isnin, sejumlah 22,944,111 atau 97.5 peratus daripada populasi dewasa telah melengkapkan vaksinasi.

Lebih 1.2 juta kanak-kanak di Malaysia terima vaksin COVID-19
Bagi remaja 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,843,805 individu atau 94.6 peratus telah melengkapkan vaksinasi.

PICKids: Ibu bapa mahu anak selamat, dilindungi di sekolah
Risau penularan COVID-19 disebabkan kesukaran penjarakan fizikal dalam kalangan murid-murid sekolah menjadikan ibu bapa kini lebih terbuka membenarkan anak mereka mengambil vaksin menerusi PICKids.