KUALA LUMPUR: Atlet-atlet negara yang dalam persiapan untuk bertanding dalam Sukan Olimpik Tokyo dan Sukan SEA Hanoi akan menyambut Aidilfitri tahun ini di dalam kem latihan dan tidak dibenarkan keluar, kata Pengarah Bahagian Atlet Majlis Sukan Negara (MSN) Jefri Ngadirin.
"Perancangan kita memang akan ada sambutan secara sederhana di dalam kem melibatkan atlet dan jurulatih yang tinggal dalam kem. Tetapi bergantung kepada situasi COVID-19 nanti," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.
Atlet-atlet kembali menyertai latihan secara kuarantin di kemudahan MSN di Bukit Jalil dan beberapa lagi tempat termasuk Akademi Badminton Malaysia (ABM) sejak beberapa hari lepas setelah kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam daerah di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Jefri berkata MSN memilih melaksanakan pendekatan latihan dalam kuarantin selepas mengambil kira PKP dan lonjakan kes harian COVID-19 baru-baru ini di dalam negara yang merupakan risiko kepada keselamatan dan kesihatan atlet.
"Sudah semestinya pihak MSN bimbang akan ketidaktentuan latihan dan pertandingan semasa COVID-19 kerana ini akan menjejaskan prestasi atlet. Sebab itu kem latihan secara kuarantin ini terpaksa dilakukan.
"Diharap dengan cara ini latihan dapat diteruskan sebagai persiapan menghadapi temasya sukan," katanya.
Jefri berkata semua atlet dan jurulatih yang berada di bawah program MSN telah diberi nasihat untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Beliau berkata pihak MSN juga melaksanakan saringan ujian Kit Ujian Pantas (RTK) Antigen melibatkan semua atlet dan jurulatih pada tiga minggu lepas dan akan melaksanakan ujian yang sama minggu depan.
Media melaporkan 11 atlet dan jurulatih sepak takraw disahkan positif jangkitan COVID-19 selepas menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Persatuan Sepak Takraw Malaysia.
Sebelum itu 15 pemain dijangkiti virus ini di ABM sejak 17 April sementara seorang atlet remaja dan jurulatihnya didapati positif dalam kem latihan boling baru-baru ini.
Sementara itu, Jefri berkata skuad Muay Thai dijangka berlepas ke Thailand minggu depan untuk latihan dan pertandingan.
Bernama
Sun May 09 2021

Jefri berkata MSN memilih melaksanakan pendekatan latihan dalam kuarantin selepas mengambil kira PKP dan lonjakan kes harian COVID-19 baru-baru ini - Gambar hiasan

Piala Sudirman: Malaysia berentap dengan Taiwan, India di peringkat kumpulan
Skuad badminton negara akan berdepan cabaran sengit Taiwan dan India dalam saingan peringkat kumpulan Kejohanan Badminton Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China pada Mei depan.

Ditegur baca doa laju, lelaki bertindak pukul bapa
Seorang lelaki diberkas selepas memukul bapanya menggunakan kerusi ketika berbuka puasa dalam kejadian di sebuah rumah di sini pada Jumaat. Suspek berumur 34 tahun itu dipercayai berang setelah ditegur mangsa kerana membaca doa berbuka puasa dengan laju.

Lawatan rasmi PM ke China dijangka teroka kerjasama pelbagai bidang baharu
Kerajaan kedua-dua negara yang mendapat mandat baharu itu mungkin menumpukan kepada bidang pelancongan, kesihatan dan pendidikan.

Fokus Minggu Depan: Untung nasib peniaga di bulan Ramadan
Fareez Azman, Wartawan Astro AWANI

Wanita mohon maaf rempuh enam gerai bazar Ramadan
Kejadian lebih kurang jam 10 pagi itu berlaku ketika dia hendak meletakkan kenderaannya di situ susulan kedai sewanya berhampiran lokasi tersebut.

Frank Bernhardt dilantik Pengarah Teknikal Kelantan FC
Frank Bernhardt dilantik Pengarah Teknikal TRW Kelantan FC bagi memacu pasukan itu ke arah lebih baik sepanjang saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Fokus Minggu Depan: Lawatan Perdana Menteri ke China
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan akan mengadakan lawatan rasmi ke China pada 29 Mac – 1 april 2023 dimana beliau akan memulakan lawatan ke hainan selama dua hari sebelum mengunjungi China pada 30 Mac dan 1 April depan. Semasa di Hainan, YAB Perdana Menteri akan menghadiri persidangan Tahunan Forum Boao untuk Asia (BFA) 2023 di Boao dan menyampaikan ucapan. Ini merupakan lawatan pertama Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China sejak dilantik menjadi Perdana Menteri pada November lalu. Zhang Hong, Wartawan Kumpulan Media China (CMG)

Penyelia kilang rugi RM164,601 terpedaya 'Love Scam'
Mangsa telah ditawarkan skim pekerjaan sambilan di sebuah platform, menerusi pautan yang dihantar ke aplikasi WhatsApp pada Disember 2022.

Panel Dialog Keamanan Selatan Thailand cadang hentikan keganasan sepanjang Ramadan
Proses Dialog Damai Selatan Thailand di antara Kerajaan Thailand dengan kumpulan pejuang kini memasuki tahun ke-10.

Dua PPS ditutup, mangsa banjir di Batu Pahat 141 orang
Dua PPS itu ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Hua Min dan Sekolah Agama (SA) Seri Comel.

Perkampungan atlet di Kemboja siap hujung bulan ini - CDM
Beliau lega penyediaan kemudahan buat atlet Sukan SEA itu berjalan lancar, terutama bagi memastikan fokus mereka tidak terganggu.

Penggantungan lima tahun Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Sembilan tamat esok
Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) bersetuju melepas dan menamatkan penggantungan selama lima tahun terhadap Presiden Persatuan Sepaktakraw Negeri Sembilan Wan Mohd Husni Abdullah bermula esok.

Mukhairi Ajmal alami jangkitan kuman di perut, tidak sertai skuad B-22 di Singapura
Pemain tengah Selangor FC, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi,tidak akan menyertai skuad Bawah 22 tahun (B-22) negara pada Kejohanan Piala Merlion 2023 di Singapura bermula Jumaat ini.

Sasaran Sukan SEA perlu realistik, bukan 'syok sendiri' - CDM
Sasaran pingat yang diberikan perlu berdasarkan prestasi semasa atlet, bukannya sekadar untuk memuaskan mana-mana pihak.

Sukan SEA: Mat Redho tekad pulang dengan emas
Atlet lari berhalangan negara Mohd Redha Rozlan bertekad untuk membawa pulang emas daripada edisi kali ini.

Skuad pecut lelaki negara sapu bersih pingat 100m di Australia
Skuad pecut lelaki negara, mencipta sensasi apabila menyapu bersih pingat perlumbaan pemanas badan Sukan SEA, Kemboja pada Kejohanan Siri Shield: Darren Thrupp Shield di Queensland, Australia semalam.

Skuad badminton Sukan SEA perlu serap semangat juang Tze Yong - Ketua Kontinjen
Sharon Wee berkata pemain muda tidak perlu rasa gentar apabila berdepan dengan pemain yang mempunyai ranking lebih baik.

Prestasi Jun Hao bimbangkan BAM
Prestasi terumbang-ambing perseorangan lelaki negara Leong Jun Hao membimbangkan BAM apatah lagi beliau diletakkan sebagai prospek emas di Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja Mei ini.

Jurulatih yakin skuad Badang ke Sukan SEA, kelayakan Olimpik bebas doping
Jurulatih angkat berat kebangsaan Yon Haryono berkata skuad yang akan membawa cabaran negara menjalani ujian doping setiap bulan.

Juara dunia Yulo halangan besar pemburuan emas Muhammad Sharul
Muhammad Sharul Aimy mempertaruh pengalaman dan prestasi untuk meraih kejayaan di Sukan SEA ke-32 di Phnom Penh.