awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Windows 11 terima kemas kini kecemasan tangani isu PC tidak boleh dimatikan
ASEAN, China di peringkat akhir muktamad kod tatalaku Laut China Selatan - Mohamad
Raffi Ahmad kongsi detik cemas, helikopter hampir terhempas di Bali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Brunei setuju bawa pulang 86 rakyat Malaysia di Kaherah

Haslina Zainal, Hasimi Muhamad
Haslina Zainal, Hasimi Muhamad
28/03/2020
06:42 MYT
COVID-19: Brunei setuju bawa pulang 86 rakyat Malaysia di Kaherah
Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar berkata kesemua rakyat Malaysia kemudian akan dibawa pulang ke tanah air pada Ahad sebaik sahaja tiba di Brunei. - Gambar fail
Kementerian Luar memaklumkan Kerajaan Brunei bersetuju untuk membawa pulang 86 rakyat Malaysia berbanding 51 orang sebelum ini yang terkandas di Kaherah, Mesir dengan menaiki pesawat persendirian yang disewa khas kerajaan itu.
Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar berkata kesemua rakyat Malaysia kemudian akan dibawa pulang ke tanah air pada Ahad sebaik sahaja tiba di Brunei.
“Namun demikian, kerajaan Brunei terus bermurah hati untuk menambah bilangan rakyat Malaysia yang diterbangkan pulang dari Kaherah dan jumlah terkini rakyat kita yang dibawa pulang dengan penerbangan Brunei ialah 86 orang.
“Kesemua mereka ini akan dibawa pulang pada Ahad dengan menaiki pesawat sewaan khas Malaysia Airlines dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 11.25 pagi Ahad,” katanya dalam sidang media menerusi siaran langsung Facebook, hari ini.
Mengulas lanjut, Kamarudin berkata sebagai menghargai hubungan baik Malaysia-Brunei, kerajaan pula bersetuju untuk membawa pulang seramai 142 warga Brunei yang terkandas di negara ini dengan menggunakan pesawat khas sama yang membawa pulang rakyat Malaysia dari Brunei.
Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan sebanyak 12 penerbangan khas akan diterbangkan ke India bagi membawa pulang 1,988 rakyat Malaysia yang terkandas di negara itu.
Katanya, kos membawa pulang kesemua mereka yang berada di India akan ditanggung oleh Malaysian Indian Congress (MIC).
“Sehingga hari ini, jumlah tertinggi warganegara Malaysia yang masih terkandas di luar negara adalah di India sebanyak 1,988 orang, dengan pecahan sejumlah 916 orang di Chennai, 523 orang di Trichy, 328 orang di New Delhi, 173 orang di Amritsar dan 48 orang di Mumbai,” jelasnya.
Selain itu, beliau memaklumkan seramai 18 orang rakyat Malaysia yang terkandas di Maldives juga akan dibawa pulang ke tanah air melalui usaha sama dengan pihak syarikat Weststar Aviation.
“Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Weststar Aviation di atas kesudian untuk membantu kepulangan kumpulan rakyat Malaysia ini, di mana kos penerbangan ini dibiayai sepenuhnya oleh syarikat tersebut,” katanya.
Sehubungan itu, beliau turut menasihati rakyat Malaysia di negara-negara yang terkandas agar kekal tenang dan patuh kepada arahan kerajaan tempatan dan sentiasa erhubung dengan Perwakilan Malaysia di negara berkenaan.
Topic Berkaitan
#Brunei
#coronavirus
#COVID-19
#Facebook
#Kementerian Luar
#KLIA
#koronavirus
#Kuala Lumpur
#Malaysia Airlines
#MIC
#Mumbai
#New Delhi
#penerbangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan