awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sebuah lagi PPS dibuka di Segamat, mangsa banjir di Johor kini 148 orang
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS bagi sesi ke-12 berturut-turut
Fury Redemption: Ez Ghazali atasi jaguh Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Buka hospital sementara rawat pesakit kategori 3 - Tun Mahathir

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
01/09/2021
04:20 MYT
COVID-19: Buka hospital sementara rawat pesakit kategori 3 - Tun Mahathir
Menurut Dr Mahathir, hospital sementara itu disarankan memberi bekalan oksigen dengan pemantauan oleh beberapa doktor dan jururawat kepada pesakit. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan kepada kerajaan untuk membangunkan hospital sementara bagi merawat pesakit COVID-19 kategori tiga.
Menurut Ahli Parlimen Langkawi itu, hospital sementara tersebut disarankan memberi bekalan oksigen dengan pemantauan oleh beberapa doktor dan jururawat kepada pesakit.
Bekas Perdana Menteri itu menegaskan, hospital sementara amat diperlukan berikutan negara mencatatkan peningkatan jumlah kematian akibat COVID-19 sehinggakan terdapat sejumlah mangsa yang dibawa ke hospital selepas meninggal dunia.
"Kategori 1,2, dan 3 diarah kuarantin di rumah. Di rumah tidak ada perawat atau oksigen. Kategori 3 yang sudah pun menunjuk paru-paru terjangkit, apabila menjadi lebih teruk tidak dapat apa-apa rawatan di rumah.
"Keluarga di rumah tidak dapat tolong kerana tidak boleh berdekat dengan pesakit. Doktor tidak dapat dipanggil. Pesakit jadi lebih teruk. Oksigen tidak ada di rumah. Dan akhirnya pesakit meninggal dunia.
"Lebih seribu pesakit kategori 3 boleh dikuarantin di hospital sementara. Pihak tentera boleh bina hospital ala field hospital. Dewan-dewan di hotel dan bangunan lain boleh dilengkap dengan katil, oksigen dan doktor serta jururawat.
"Apabila dikesan pesakit sudah jadi lebih serius, doktor dan jururawat boleh beri oksigen. Jika kurang respon, pesakit boleh dipindah ke hospital biasa," jelasnya menerusi perkongsian terbaharu di blog peribadinya.
6. Saya percaya kumpulan ketiga ini boleh diselamatkan. Mereka tidak begitu ramai. Hospital sementara boleh diadakan. Hospital ini hanya dibekal oksigen dan diadakan beberapa doktor dan jururawat.
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) September 1, 2021
7. Lebih seribu pesakit kategori 3 boleh dikuarantin di hospital sementara. Pihak tentera boleh bina hospital ala field hospital. Dewan-dewan di hotel dan bangunan lain boleh dilengkap dengan katil, oksigen dan doktor serta jururawat.
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) September 1, 2021
Dr Mahathir juga berpendapat, satu pasukan doktor dan jururawat perlu diadakan kepada kategori 1 dan 2 yang dikuarantin di rumah.
Dengan itu jika ada pesakit yang menjadi lebih teruk oksigen boleh diberi manakala kes yang serius mereka boleh dipindah ke hospital atau hospital untuk pesakit kategori 3.
9. Lawatan oleh satu pasukan doktor & jururawat perlu diadakan kepada kategori 1 & 2 yang dikuarantin di rumah. Dengan itu jika ada pesakit yang menjadi lebih teruk oksigen boleh diberi. Dalam kes yg serius mereka boleh dipindah ke hospital atau hospital untuk pesakit kategori 3.
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) September 1, 2021
Justeru itu, beliau mengharapkan agar cadangan ini diterima baik oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dalam usaha untuk mengurangkan jumlah kes baharu dan jumlah kematian.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#jumlah kematian
#Kementerian Kesihatan
#Mahathir Mohamad
#hospital sementara
#pesakit kategori 3
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan