KOTA KINABALU:Kepatuhan orang ramai terhadap prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabah menyaksikan dua daerah kini dikategorikan sebagai zon hijau.
Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun, ini merupakan perkembangan yang baik untuk negeri itu biarpun masih terdapat kluster-kluster aktif yang menyumbang kepada peningkatan kes.
"Daerah Telupid bertukar daripada zon kuning ke zon hijau dan diletakkan bersama daerah Nabawan yang telah berada di zon hijau sejak minggu lalu.
"Perkembangan yang baik ini adalah hasil pematuhan penduduk terhadap SOP PKPB yang kini dicatatkan pada 97.88 peratus.
"Bagaimanapun kes di daerah-daerah zon merah masih menyaksikan peningkatan susulan pertambahan kes melibatkan kluster-kluster sedia ada," katanya dalam sidang media secara maya di Kota Kinabalu pada Khamis.
Katanya, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada Khamis adalah sebanyak 326 kes, peningkatan sebanyak 33 kes berbanding Rabu iaitu sebanyak 293 kes.
Jelas Masidi, peningkatan disumbang pertambahan kes melibatkan 13 kluster sedia ada.
"Peningkatan ini berpunca daripada kes baharu membabitkan beberapa kluster dan setakat 26 November, sebanyak 84 kluster telah didaftarkan di Sabah.
"Daripada jumlah ini, 63 kluster masih aktif, manakala 21 kluster telah tamat dan 13 kluster mencatatkan pertambahan kes baharu pada hari ini iaitu sebanyak 61 kes secara keseluruhannya," katanya.
Sebanyak tiga kes kematian dicatatkan pada Khamis masing-masing satu kes di Sandakan, Kota Kinabalu dan Tawau.
Dua kluster baharu turut direkodkan di Tawau iaitu Kluster Blok 31 membabitkan lapan kes yang dikesan berkaitan dengan majlis makan malam.
Kluster Bot Biru pula merekodkan sebanyak enam kes yang dikesan berkaitan dengan kuarters Polis Marin.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Thu Nov 26 2020

Masidi berkata jumlah kes positif baharu COVID-19 pada Khamis adalah sebanyak 326 kes.

Aaron - Wooi Yik mara ke final Terbuka Thailand
Beregu lelaki nombor satu negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menempah tempat ke perlawanan akhir Terbuka Thailand.

UMNO sedang diterajui Ahmad Zahid yang lemah - Penganalisis
Tegasnya, ia sebenarnya signal daripada pemimpin berkenaan agar parti itu tidak terkena sakit jantung seperti yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.

MOM yakin Sukan Olimpik berlangsung ikut jadual
Penganjur berusaha memastikan temasya selamat dan terjamin bukan sahaja kepada atlet dan pegawai tetapi juga masyarakat setempat.

Rupa-rupanya Gunung Jerai sumber batu permata asli
Gunung Jerai menyimpan batu-batu permata yang kini sedang giat diterokai oleh penduduk tempatan.

Hubungan UMNO - Bersatu punca keretakan parti - Penganalisis
Hubungan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menjadi antara faktor keretakan antara pemimpin parti Melayu terbesar negara, kata Pensyarah Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik UM, Dr Mohammad Tawfik Yaakub.

Penunjuk perasaan di Tunisia tuntut kebebasan mereka yang ditahan
Kumpulan hak asasi manusia memaklumkan, kira-kira 1,000 orang ditahan manakala puluhan yang lain dipenjara atas tuduhan melakukan vandalisme dan mencuri.

Protes Rusia: Polis guna kekerasan lerai demonstrasi
Sekitar 40,000 penunjuk perasaan tidak menghiraukan amaran cuaca sejuk dan polis untuk menuntut pembebasan pengkritik Kremlin dan Ketua Pembangkang Rusia, Alexei Navalny.

Penderaan seksual: Emmanuel Macron ikrar ketatkan undang-undang
Macron memberi jaminan itu selepas kerajaannya berikrar untuk memperketatkan undang-undang rogol terhadap kanak-kanak.

Perlumbaan kuasa di sebalik krisis kesihatan dunia
Ternyata, impian dan cita-cita sebilangan umat manusia di muka bumi ini tidak mampu melawan ketentuan Yang Maha Esa.

Gimnasium luncur ais negara China mula menghasilkan ais
Menerusi teknologi itu ia berupaya menghasilkan lorong luncur ais untuk kegunaan perlumbaan rasmi.

Bangkai gajah pygmy dipotong, disiat ditemukan di Tongod, Sabah
Bangkai haiwan dilindungi itu ditemukan oleh pekerja ladang berkenaan dekat Kampung Imbak pada pagi Rabu lepas, dalam keadaan reput dipercayai mati selama empat atau lima hari.

Banjir Sabah: Hanya dua PPS di Kota Belud dan Beaufort masih dibuka
Hanya dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka membabitkan daerah Kota Belud dan Beaufort, hari ini.

PKP: Anggota polis diberi kelonggaran masuk ke Sabah
Antara syarat perlu dipatuhi ialah pegawai dan anggota yang bertugas di Sabah hendaklah mendapatkan cap Seksyen 66(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 semasa ketibaan.

Mangsa banjir Sabah turun mendadak kepada 94 orang malam tadi
Hanya dua pusat pemindahan sementara masih dibuka iaitu Dewan Mohd Dun Banir di Beaufort dan Dewan Kampung Song-Song, Kota Belud.

22 loji rawatan air di Sabah bermasalah, perlu ditangani segera - Bung Moktar
Sebanyak 22 loji rawatan air di Sabah mengalami masalah dan perlu diatasi segera bagi memastikan penduduk negeri itu menerima bekalan air bersih.

Kerajaan Negeri Sabah yakin dapat sediakan lebih 1,500 peluang pekerjaan
Kerajaan Negeri Sabah yakin dapat menyediakan lebih 1,500 peluang pekerjaan jika pelan pelaburan yang telah dirangka dapat dijayakan.

4 beradik larikan mayat bapa dikhuatiri positif COVID-19 direman
Kesemua suspek berusia 26 hingga 31 tahun terbabit direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.

Banjir Sabah: Bilangan mangsa di PPS semakin menurun
Jumlah PPS yang beroperasi setakat malam tadi kekal enam, membabitkan empat daerah.

PKP di tujuh negeri dilanjut hingga 4 Februari - Ismail Sabri
Negeri-negeri berkenaan ialah Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Johor, Sabah, Kelantan serta Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan).

Berita tempatan pilihan sepanjang Rabu
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.