PUTRAJAYA :Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengenal pasti sebanyak empat lagi kluster baharu COVID-19 dan pertambahan kes kematian baharu pula sebanyak lapan kes.

Berikut merupakan lima tumpuan pada sidang media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada Rabu, 28 Oktober 2020:

1) 801 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes positif sebanyak 29,441 kes.

2) Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, terdapat pertambahan lapan (8) kes kematian berkaitan COVID-19. 

Kemas kini kes COVID-19 di Malaysia setakat 28 Oktober 2020.⁠

3) KKM mengesan empat lagi kluster baharu iaitu Kluster Seri Gaya (libatkan daerah Kota Kinabalu dan Tuaran, Sabah); Kluster Greenhill (daerah Kuching dan Miri, Sarawak); Kluster Idaman (daerah Petaling dan Gombak, Selangor dan daerah Titiwangsa dan Cheras, Kuala Lumpur); dan Kluster Bayu (daerah Johor Bahru dan Muar, Johor).

4) 94 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), 25 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

5) Kes kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia sebanyak 10,123.