COVID-19: Empat kluster baharu dikesan hari ini

Madiha Abdullah
November 7, 2020 10:46 MYT
KKM kesan empat lagi kluster baharu jangkitan COVID-19 dikesan dalam tempoh 24 jam, kata Dr Noor Hisham Abdullah. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan terdapat empat lagi kluster baharu jangkitan COVID-19 dikesan dalam tempoh 24 jam.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kluster-kluster berkenaan dikenali sebagai Kluster Softwood LD, Kluster Teratai, Kluster Tapak Bina Damanlela dan Kluster Mahkota.
KLUSTER SOFTWOOD LD
- Melibatkan daerah Lahad Datu di negeri Sabah
- 14 kes dikesan positif COVID-19 (11 kes baharu)
- 95 individu masih menunggu keputusan
KLUSTER TERATAI
- melibatkan daerah Klang, Kuala Selangor, Petaling dan Hulu Langat di negeri Selangor
- 74 kes dikesan positif COVID-19 (58 kes baharu)
- 10 individu masih menunggu
KLUSTER TAPAK BINA DAMANLELA
- melibatkan daerah Lembah Pantai, Kepong, dan Titiwangsa, Kuala Lumpur
- 15 kes dikesan positif COVID-19 (13 kes baharu)
- 8 individu masih menunggu keputusan
KLUSTER MAHKOTA
- melibatkan daerah Hulu Langat di negeri Selangor; daerah Kepong dan Titiwangsa di Kuala Lumpur, daerah Sibu di Sarawak dan Putrajaya
- 9 kes positif dikesan (1 kes baharu)
- 19 masih menunggu keputusan
BACA: COVID-19: 1,168 kes baharu penularan tempatan, tiga kematian dilaporkan
BACA: COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)
#COVID-19 #kes positif #Dr Noor Hisham Abdullah #Kementerian Kesihatan #Kuala Lumpur #Lahad Datu #Putrajaya #Klang #Kuala Selangor #Sibu #kluster