awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Empat pejabat Exco Terengganu di Wisma Darul Iman ditutup 14 hari

Bernama
Bernama
18/01/2021
04:39 MYT
COVID-19: Empat pejabat Exco Terengganu di Wisma Darul Iman ditutup 14 hari
Dr Nor Azimi berkata hasil siasatan mendapati kes-kes positif berkenaan bergaul rapat dengan pekerja di pejabat empat Exco tersebut. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA TERENGGANU:Empat pejabat Exco Terengganu di Wisma Darul Iman di sini, ditutup selama 14 hari bermula semalam hingga 30 Jan susulan terdapat lima kes positif COVID-19 di bangunan pentadbiran kerajaan negeri itu.
Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus berkata penutupan itu bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dilakukan dalam usaha mengekang penularan wabak tersebut di kawasan berkenaan.
Empat pejabat ditutup ialah Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar; Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan Dakwah dan Penerangan; Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar; serta Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi.
"Penutupan itu perlu dilakukan kerana terdapat lima kes positif COVID-19 dalam kalangan pekerja Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) di Wisma Darul Iman baru-baru ini," katanya ketika dihubungi hari ini.
Dr Nor Azimi berkata hasil siasatan mendapati kes-kes positif berkenaan bergaul rapat dengan pekerja di pejabat empat Exco tersebut.
Penutupan sementara itu dijalankan di bawah Seksyen 18(1)(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bagi mengelak perebakan penyakit berjangkit dan membolehkan proses disinfeksi serta sanitasi dijalankan bagi mengelak penularan, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes positif
#COVID-19
#penyakit berjangkit
#Exco Terengganu
#wisma darul iman
#Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu
#Dr Nor Azimi Yunus b
#terdapat lima kes positif COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan