awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuepacs ingatkan penjawat awam urus kenaikan gaji secara berhemat, berdisiplin
Suruhanjaya Bangladesh dedah 287 mangsa culik era Sheikh Hasina dibunuh
PM Anwar adakan lawatan rasmi ke Turkiye bermula esok hingga 8 Jan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Hampir 14,000 kes baharu belum divaksin, 98 peratus kes kategori 1,2

Astro Awani
Astro Awani
03/08/2021
11:17 MYT
COVID-19: Hampir 14,000 kes baharu belum divaksin, 98 peratus kes kategori 1,2
Daripada keseluruhan 17,105 kes baharu yang dilaporkan hari ini, 13,990 kes tidak mempunyai sejarah vaksinasi. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Lebih 98 peratus kes baharu COVID-19 yang dilaporkan hari ini berada dalam kategori 1 tidak bergejala dan kategori 2 bergejala ringan.
Daripada keseluruhan 17,105 kes baharu yang dilaporkan hari ini, 13,990 kes tidak mempunyai sejarah vaksinasi.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan 8,268 kes merupakan kategori 1, manakala 8,520 kes adalah kategori 2.
Bagi kategori 3, iaitu kes COVID-19 yang mengalami radang paru-paru pula adalah 135 kes, manakala kes kategori 4 iaitu individu yang mengalami radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen adalah 85 kes.
Kes kategori 5 iaitu individu yang kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan adalah 97 kes.
BACA: COVID-19: 17,105 jangkitan baharu, 195 kematian, 12,297 kes sembuh
Hari ini, jangkitan baharu COVID-19 negara ini kembali kepada lebih 17,000 apabila merekodkan 17,105 kes dalam tempoh 24 jam lalu.
Dr Noor Hisham turut memaklumkan, pertambahan itu sekali gus menjadikan kes kumulatif COVID-19 dalam negara ketika ini adalah 1,163,291.
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#COVID-19
#kategori kes COVID-19
#gejala ringan
#bantuan pernafasan
#radang paru-paru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan