COVID-19: Hanya 1.8 peratus kes babit kategori 3 hingga 5

Astro Awani
Ogos 15, 2021 13:31 MYT
Dr Noor Hisham berkata, 20,173 kes atau 98.2 peratus lagi terdiri daripada kategori 1 dan 2. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kes COVID-19 bagi kategori serius 3, 4 dan 5 terus menurun apabila hanya 1.8 peratus atau 373 kes daripada 20,546 kes harian direkodkan membabitkan kategori berkenaan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 20,173 kes atau 98.2 peratus lagi terdiri daripada kategori 1 dan 2 iaitu masing-masing tidak bergejala dan bergejala ringan.
"Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes
sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Daripada 20,546 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 373 kes (1.8 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 20,173 kes (98.2 peratus) lagi terdiri daripada kategori 1 dan 2. Ikuti berita terkini di https://t.co/Ia2kVam8YD#AWANInews pic.twitter.com/dglDGuR41F

— Astro AWANI (@501Awani) August 15, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: COVID-19: 20,546 kes baharu, Selangor tertinggi dengan 7,307 kes
Secara keseluruhan, 17,802 kes (86.64 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi.
"Dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius. Diharapkan ini akan mengurangkan jangkitan COVID-19 di dalam negara, terutamanya kes di kategori 3 hingga 5," tambahnya.
Sebanyak 282 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 108 kes di Selangor, 45 kes di Kuala Lumpur, 44 kes di Johor, 24 kes di Pulau Pinang, 15 kes di Kedah, 13 kes di Perak, sembilan kes di Sabah, masing-masing enam kes di Sarawak dan Melaka, lima kes di Negeri Sembilan, empat kes di Pahang, dan tiga kes di Kelantan.
BACA: COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)
#COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #jangkitan #Noor Hisham Abdullah #kategori