COVID-19: Hanya lima kawasan masih dalam zon merah - KKM

Najmi Syahiran Mamat
Mei 30, 2020 04:29 MYT
Kawasan zon merah di negara ini berkurangan kepada hanya lima selepas beberapa buah daerah mencatatkan penurunan bawah 40 kes aktif. -Gambar fail
Kawasan zon merah di negara ini berkurangan kepada hanya lima selepas beberapa buah daerah mencatatkan penurunan bawah 40 kes aktif.
Menurut infografik dikeluarkan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM) pada Sabtu, satu-satunya daerah di Selangor yang kekal dalam zon merah ialah Hulu Langat dengan 123 kes aktif.
Manakala di Kuala Lumpur melibatkan tiga daerah iaitu Bukit Jalil dengan 284 kes aktif, ibu kota (161), dan Pudu (57).
Rembau pula satu-satunya daerah di Negeri Sembilan yang berada dalam zon merah dengan 83 kes aktif.

Terdapat lima daerah/zon yang masih dalam kategori zon merah iaitu Hulu Langat dan Rembau dan tiga zon di Kuala Lumpur - Bukit Jalil, ibu kota dan Pudu. Perlis, Perak, Pulau Pinang dan Terengganu adalah negeri-negeri zon hijau. pic.twitter.com/gPSiJJk3n8

— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) May 30, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pada itu, KKM memaklumkan Perlis, Perak, Pulau Pinang dan Terengganu kini bertukar status kawasan hijau dengan sifar kes aktif bersama 135 daerah lain manakala 61 daerah lain diletakkan di bawah kategori zon kuning.
BACA: Terengganu kini bebas kes COVID-19
Melaka dan Kedah menuju kategori zon hijau atau negeri sifar kes aktif apabila hanya merekodkan masing-masing tiga dan satu kes aktif.
#bebas COVID #Bukit Jalil #COVID19 #Ibu Kota #infografik #Kementerian Kesihatan #KKM #koronavirus #Kuala Lumpur #Negeri Sembilan #Perak #Perlis #Pudu #terengganu #zon hijau #zon kuning #zon merah