awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejuta bayi lahir di kawasan bencana Asia menderita kekurangan makanan, rawatan
235,000 penduduk Gaza terjejas akibat kesan musim sejuk 'buatan manusia' - Ketua UNRWA
Melaka FC belum putuskan ketua jurulatih baharu, hormati keputusan Devan, Subramaniam

Terengganu kini bebas kes COVID-19

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
29/05/2020
23:33 MYT
Terengganu kini bebas kes COVID-19
Che Adam (gambar) berkata sebanyak 111 kes telah direkodkan di negeri itu dan kes terakhir melibatkan mangsa dari daerah Kemaman. -Gambar fail
Kesemua daerah di Terengganu telah dikategorikan sebagai Zon Hijau sekali gus menyaksikan negeri itu kini bebas kes COVID-19.
Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman berkata sebanyak 111 kes telah direkodkan di negeri itu dan kes terakhir melibatkan mangsa dari daerah Kemaman.
Bagaimanapun, mangsa terakhir yang menerima rawatan di Hospital Kuantan telah dibenarkan pulang Rabu lalu.
"Seperti mana kita telah ketahui dan dimaklumkan secara rasmi oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu bahawa Terengganu telah bebas COVID-19 dan diisytiharkan Zon Hijau yang mana kes terakhir iaitu kes 111 yang mana kes berasal dari Kemaman dimasukkan ke Hospital Kuantan dan telah didiscaj," kata Che Adam.
Beliau berkata bagaimanapun kesemua jawatankuasa peringkat negeri dan daerah masih dalam keadaan bersiap sedia untuk menghadapi jika berlakunya kes baharu jangkitan COVID-19.
Che Adam berkata pihaknya juga sentiasa mengingatkan komuniti di negeri agar sentiasa berhati-hati dan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan walaupun berada dalam Zon Hijau.
Jelasnya, orang ramai juga perlu patuh dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang masih dikuatkuasakan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Hospital Kuantan
#Jabatan Kesihatan Negeri
#kes baharu jangkitan
#koronavirus
#Terengganu bebas COVID-19
#zon hijau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.