awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MINDEF arah ATM siasat dakwaan budaya tidak bermoral dalam kem tentera
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
Ringgit dibuka rendah didorong langkah elak risiko tingkatkan dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19 itu nyata, kerajaan perlu wajibkan pengambilan vaksin - Tun Siti Hasmah

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
25/05/2021
12:19 MYT
COVID-19 itu nyata, kerajaan perlu wajibkan pengambilan vaksin - Tun Siti Hasmah
Dr Siti Hasmah turut menjelaskan kepada orang ramai supaya jangan takut untuk menerima suntikan dan memberi jaminan bahawa ia adalah selamat. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: “Sedarlah COVID-19 ini nyata, ambillah vaksin demi keselamatan kita semua.”
Itu saranan dan daripada Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya mengambil suntikan vaksin dan menganggap COVID-19 sebagai wabak yang serius.
Dalam satu rakaman video yang dikongsikan kepada Astro AWANI, isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu turut berpendapat, pengambilan vaksin tersebut perlu diwajibkan oleh kerajaan.
“Saya ingin beri cadangan agar pengambilan vaksin ini diwajibkan oleh pihak kerajaan supaya semua orang dapat divaksin dan kadar imuniti kelompok dapat dicapai dengan pantas seperti yang diharapkan sekali gus mengurangkan risiko jangkitan dan jumlah kematian.
“Mungkin program vaksinasi ini boleh ditambah baik dengan menyediakan perkhidmatan vaksin dari kampung ke kampung.
“Kalau ada yang tidak dapat hadir untuk ambil vaksin, maklumkan segera kepada pusat vaksin supaya vaksin itu tadi tidak dibazirkan dan boleh diberi kepada mereka yang sedang menunggu,” jelas Dr Siti Hasmah lagi.
Beliau juga menyatakan rasa kecewa atas sikap segelintir masyarakat yang masih enggan untuk mengambil suntikan vaksin meskipun sudah membuat pendaftaran.
“Saya dapati sehingga hari ini ramai yang telah divaksin, Alhamdulillah tahniah saya ucapkan. Ini satu kebanggaan.
“Namun terdapat juga daripada mereka yang telah daftar, tetapi tidak hadir ke pusat vaksin, ini sangatn mengecewakan.
“Ada laporan mengatakan sehingga 10,000 orang tidak hadir ke temu janji vaksin. Kenapa ini berlaku?
“Ada pula sesetengah orang yang tidak bertanggungjawab menyampaikan dakyah palsu berkenaan vaksin, Ini semua tidak benar, kita perlu percaya kepada sains,” tegas Dr Siti Hasmah, 95, yang memperoleh suntikan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech bersama suaminya pada 7 Mac lalu.
Tun Siti Hasmah seru orang ramai ambil vaksin
Dr Siti Hasmah turut menasihatkan orang ramai supaya jangan takut untuk menerima suntikan dan memberi jaminan bahawa ia adalah selamat.
“Jangan takut divaksin, saya bersama suami saya sudah ambil vaksin sebanyak dua dos. Alhamdulillah, sehingga hari ini tidak ada apa-apa perkara pelik berlaku.
“Oleh itu, sekali lagi saya nasihatkan patuthilah SOP (prosedur operasi standard) dan sedarlah bahawa COVID-19 ini amat bahaya,” tambah beliau lagi.
Untuk rekod, jumlah pendaftaran vaksin kini telah mencecah hampir 45 peratus melibatkan pendaftaran sebanyak 10,850,160 individu.
Topic Berkaitan
#Mahathir Mohamad
#Tun Dr Siti Hasmah
#isteri bekas perdana menteri
#program vaksinasi
#vaksin
#suntikan
#jumlah kematian
#COVID-19
#kerajaan
#video
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan