PERDANA Menteri United Kingdom Boris Johnson menasihati rakyatnya untuk tidak mengambil mudah mengenai COVID-19 biarpun banyak laporan positif berkenaan vaksin pandemik itu kini.
Tegasnya, ini bukan masa untuk berhenti melawan COVID-19.
Beliau membuat kenyataan berkenaan selepas mengumumkan peringkat baru sekatan di bandar dan wilayah di UK berkuatkuasa 2 Disember ini.
Ia selepas Johnson mengumumkan beberapa kelonggaran bagi tiga peringkat untuk wilayahnya selepas sekatan yang berakhir 2 Disember ini.
“Kita berharap sesudah musim luruh, pembangunan vaksin akan menamatkan segala sekatan. Sekarang, kita mesti mengharungi musim sejuk ini, yang dijangka membebankan lagi perkhidmatan kesihatan UK.
“Data menunjukkan, langkah-langkah yang diambil ini berjaya mengurangkan penularan jangkitan. Bersama-sama kita mencegah supaya perkhidmatan kesihatan kita tidak terbeban.
“Sekiranya kita mengambil mudah sekarang, kita berisiko untuk hilang kawalan penularan ini dan memaksa kita menjalankan sekatan yang lebih ketat,” jelasnya.
Kebanyakan kawasan di UK akan menyaksikan sekatan diteruskan pada peringkat sederhana.
Ini bermakna kedai dan restoran boleh dibuka dengan beberapa sekatan.
Kerajaan UK menjalankan sekatan empat minggu di England awal bulan ini untuk membendung peningkatan kes ketika musim luruh.
Menteri Kesihatan UK melaporkan kadar jangkitan menurun namun negara berkenaan harus kekal berhati hati.
Astro Awani
Thu Nov 26 2020

JOHNSON: Sekiranya kita mengambil mudah sekarang, kita berisiko untuk hilang kawalan penularan ini dan memaksa kita menjalankan sekatan yang lebih ketat. (Foto AP/Fail)

Perhimpunan Agung UMNO ditangguh, pemilihan parti diteruskan
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, tarikh baharu Perhimpunan Agung UMNO akan ditentukan kemudian.

Lebih 500 individu daftar sebagai sukarelawan vaksinasi fasa percubaan di HUS
Lebih daripada 500 sukarelawan telah mendaftar untuk mengambil bahagian dalam percubaan vaksin COVID-19 di Sarawak.

Rasuah bekas Presiden, pewaris Samsung Group dipenjara 2 tahun 6 bulan
Pewaris syarikat gergasi teknologi, Samsung Group (Samsung), Lee Jae-yong dihukum penjara dua setengah tahun kerana didapati bersalah merasuah bekas Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye pada 2015.

Larang Rentas Negeri | Tinjauan Lorong tikus di Pasir Puteh
Sepanjang dua jam wakil Astro AWANI Kelantan, Muhafandi Muhamad berada di Kg Golok, Pasir Puteh, Kelantan. Sepanjang membuat tinjauan, didapati berlaku aktiviti rentas negeri dengan mudah sekali walaupun ketika Perintah Kawalan Pergerakan PKP 2.0 dilaksanakan di Kelantan.

Banjir | Terengganu dijangka tidak berdepan gelombang keenam
Kolonel (PA) Che Adam A Rahman memaklumkan Terengganu ketika ini dalam tempoh 'bertenang' dan dijangka tidak akan berdepan gelombang banjir keenam.

Harga Sayur | Alami kenaikan mendadak
Harga sayur-sayuran di Kedah mengalami peningkatan yang mendadak sejak awal bulan ini.

PKP 2.0: PM Muhyiddin umum berita baik untuk rakyat petang ini
Pejabat Perdana Menteri berkata, pengumuman itu akan disiarkan secara langsung di kesemua stesen TV kerajaan dan swasta.

Kemusnahan Air Terjun Tanjung Batu: Permit kontraktor kuari digantung sementara
Mohamed Zin berkata, kajian terperinci turut akan dilakukan di kawasan zon rizab sungai bagi mengelakkan berlakunya mendapan sungai.

UKM tawar rawatan psikososial kepada lelaki bina 11 bonggol
Beberapa sesi rawatan akan dilaksanakan secara dalam talian bermula minggu hadapan dan sebagai permulaan, beliau perlu menentukan status psikologi Nor Muhamad Roslam.

Dua sepupu ditahan cuba seludup dadah ketika PKP
Tindakan lelaki menyeludup dadah melalui jalan tikus ketika PKP gagal selepas ditahan Polis Melaka.

COVID-19: Pemain bukan kambing hitam, kata Guardiola
Liga dan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA) pada minggu ini menggesa pemain agar mematuhi protokol pandemik itu ketika meraikan gol.

Masih ramai ingkar perintah berkurung, Britain lancar kempen informasi besar-besaran
Britain melancarkan kempen informasi awam secara besar-besaran dalam usaha memastikan warganya mematuhi perintah berkurung yang dilaksanakan susulan kes COVID-19.

COVID-19: FA akan tentukan status perlawanan Aston Villa-Liverpool
Villa mengumumkan semalam mereka terpaksa menutup Pusat Latihan Bodymoor Health selepas "peningkatan membimbangkan jangkitan COVID-19" di kelab itu.

Piala FA: Villa dedah jangkitan COVID-19 menjelang aksi dengan Liverpool
Villa semalam mendedahkan sejumlah besar pemain dan staf pasukan utama mereka sedang diasingkan selepas diuji positif COVID-19 minggu ini.

Klopp faham pendirian FSG, Liverpool tidak akan berbelanja bulan ini
Liverpool akan bersaing dalam Piala FA awal pagi esok tetapi status perlawanan dengan Aston Villa itu masih menjadi tanda tanya susulan peningkatan kes positif di kem lawan berkenaan.

COVID-19: Jumlah kematian dijangka meningkat di England
Susulan peningkatan pesakit yang memerlukan rawatan di hsopital, jumlah kematian akibat COVID-19 juga dijangka meningkat dalam bulan ini.

COVID-19: PM Britain umum sekatan baharu di England
Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mengumumkan pelaksanaan sekatan baharu di England yang akan dikuatkuasakan sehingga pertengahan Februari bagi mengekang penularan varian baharu COVID-19.

COVID-19: Ketua Pembangkang UK gesa sekatan seluruh negara
Penularan COVID-19 di UK kini tidak terkawal dan sekatan seluruh negara adalah perkara pertama yang perlu dilakukan ketika ini.

COVID-19: Thailand kesan strain virus UK
Thailand mengesan beberapa jangkitan varian baharu COVID-19 yang lebih pantas menular dikenali sebagai B117 dalam kalangan ahli keluarga empat beranak yang tiba ke negara itu dari United Kingdom.

COVID-19: Kerajaan UK didesak tutup sekolah susulan lonjakan kes baharu
National Education Union yang mewakili lebih 450,000 kakitangan sekolah menggesa agar semua sekolah ditutup.