Kerajaan negeri sedang berusaha menjejaki semua jemaah tabligh rakyat Sabah yang menyertai perhimpunan Ijtimak Tabligh di Sri Petaling baru-baru ini.
Bukan itu sahaja, tegas Ketua Menteri , Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, siasatan mendalam juga dilakukan pihaknya bagi mengesan kontak-kontak rapat jemaah tabligh tersebut ekoran kluster tabligh merupakan penyumbang terbesar peningkatan wabak itu di negeri berkenaan.
"Usaha kita untuk mengenalpasti mereka ini sebenarnya siapa, yang sebelum ini ada kontak dia, ada di tempat mana, jadi ini kita kena siasat secara mendalam untuk pastikan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab mengenai usaha kerajaan mengenalpasti kontak-kontak rapat jemaah tabligh dimaksudkan termasuklah di rumah-rumah tahfiz, ibadat dan lain-lain di negeri ini.
Semalam, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) mendedahkan 163 daripada jumlah 169 positif COVID-19 di negeri ini adalah berasal dari kluster dan kontak jemaah tabligh yang menyertai Ijtimak Tabligh di Masjid Sri Petaling, baru-baru ini.
Mengulas lanjut, beliau menyeru jemaah tabligh yang mungkin mempunyai penglibatan secara langsung atau tidak langsung supaya tampil segera membantu kerajaan memutuskan rangkaian jangkitan COVID-19 di Sabah.
"Tujuan kita bukan untuk menghukum, ambil tindakan terhadap mereka tetapi untuk membolehkan supaya kita dapat membendung mengawal keadaan ini dari terus merebak," katanya.
Sementara itu, dedah Mohd Shafie, salah seorang individu positif COVID-19 di Sabah dikenal pasti berada di luar kluster tabligh.
"Contohnya kes di Ranau, ianya datang daripada saya ingat Thailand, yang mana mereka membuat lawatan ke Thailand lepas itu dikenal pasti positif dan ada tidak ada hubung kait dengan tabligh," katanya.
Untuk rekod, baru-baru ini, Polis Kontinjen Sabah mendedahkan lebih 300 daripada 1,000 peserta Ijtimak Tabligh di Masjid Seri Petaling dari Sabah belum tampil menjalani pemeriksaan saringan COVID-19.
Ruzaini Zulkepli
Tue Mar 24 2020

Mohd Shafie turut mendedahkan, salah seorang individu positif COVID-19 di Sabah dikenal pasti berada di luar kluster tabligh.

COVID-19 | Solat jemaah di Mekah pada hari pertama Ramadan
Kemeriahan bulan Ramadan tahun ini turut dirasai di Mekah, Arab Saudi apabila jemaah dapat kembali menunaikan solat fardhu termasuk solat terawih secara berjemaah.

COVID-19 | Indonesia sambut Ramadan dengan kelonggaran SOP
Umat Islam di Indonesia menyambut kedatangan bulan Ramadan dengan kes COVID-19 terus mencatatkan pertambahan ketika beberapa perintah sekatan dilonggarkan. Kini, masjid dibuka semula untuk solat terawih dengan kawalan SOP yang ketat, serta pusat beli-belah dibenarkan beroperasi selepas beberapa bulan ditutup.

COVID-19 | Bazar Ramadan di Kedah dibuka ikut ketetapan SOP
Kebenaran untuk Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri kembali beroperasi tahun ini selepas kali terakhir pengoperasiannya pada 2019 memberi makna besar kepada pelbagai pihak terutamanya golongan peniaga di Stadium Darul Aman, Alor Setar. Tinjauan Astro AWANI Kedah di Bazar berkenaan mendapati, wujud kelainan penganjuran bazar tahun ini berbanding tahun sebelum ini terutama membabitkan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP).

COVID-19 | PKPD di empat kampung di Temerloh
Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di empat perkampungan di daerah Temerloh, Pahang bermula dari 14 April hingga 27 April 2021. Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia melibatkan Kampung Paya Pulai Tengah, Kampung Pulau Terap, Paya Pulai-Kampung Batu 4 dan Paya Pulai-Kampung Batu 5, Jalan Maran.

Hujan Lebat | KL dilanda banjir kilat, jalan sesak teruk
Hari pertama Ramadan di sekitar ibu negara mungkin tidak selancar seperti diharapkan apabila berlakunya banjir kilat di beberapa kawasan. Ia sehingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas selepas beberapa lokasi dilanda banjir akibat hujan lebat berterusan sejak 4.30 petang Selasa.

Pelanggaran SOP | SIC diarah tangguh semua Kejohanan Drag
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengarahkan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) untuk menangguhkan sebarang Kejohanan Drag buat sementara waktu. Ia susulan insiden kekecohan dan pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika ‘MUSC SIC Sepang Drag Cars Test Tune 2021’, pada Jumaat.

Vaksinasi COVID-19 | Vaksin tambah keyakinan Farah Ann bertanding
Farah Ann berkata, beliau berasa lebih lebih selesa dan selamat untuk bersaing dalam Piala Dunia Gimnastik Artistik di Mesir pada Jun ini berbekalkan suntikan vaksin Pfizer-BioNTech yang diterimanya pada Selasa.

Penuntut Malaysia meninggal dunia di UK selamat disemadikan di Seremban
Jenazah Allahyarham yang berusia 36 tahun itu disemadikan kira-kira jam 10 malam dengan dihadiri isterinya, Nazihawati Mohiddin dan dua anaknya serta lebih 50 ahli keluarga dan sahabat terdekat.

10 Berita Pilihan - (13 April 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Grab bakal disenarai di AS menerusi penggabungan, kini bernilai hampir AS$40 bilion
Grab bakal disenarai di AS menerusi penggabungan, kini bernilai hampir $40 bilion

Vaksin: Pekerja industri perkilangan, pembuatan di P. Pinang, Selangor diberi keutamaan
Pekerja dalam industri perkilangan dan pembuatan khususnya di Pulau Pinang dan Selangor akan diberikan keutamaan untuk menerima suntikan vaksin COVID-19.

9 kluster baharu COVID-19 dikenal pasti, antaranya babit majlis sosial, keagamaan
Sebanyak sembilan kluster baharu telah dikenal pasti hari ini membabitkan Sarawak, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Sabah, Melaka dan Johor.

SIC diarah tangguh semua kejohanan drag
KBS memaklumkan, penangguhan itu berkuat kuasa sehingga pihaknya berpuas hati dengan penilaian semula dan penambahbaikan, ke atas protokol pengurusan venue di SIC.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

1,290 kes sembuh, ini tumpuan kenyataan harian KKM
Sebanyak 1,290 kes sembuh direkod hari ini, menjadikan jumlah kes sembuh kepada 346,295.

8 kawasan di Temerloh, Sandakan, Kota Belud dikenakan PKPD bermula esok
Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di empat perkampungan di daerah Temerloh, Pahang bermula dari 14 hingga 27 April 2021.

COVID-19: SOP tidak 'standard' faktor ancaman gelombang keempat - Pakar
Walaupun dikatakan SOP, tapi kerap kali kita lihat tidak 'standard', tidak ada piawaian, menyebabkan rakyat menjadi keliru ditambah dengan penguatkuasaan yang tidak sekata.

Ini senarai PKPD yang ditamatkan dan dilanjutkan
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua lokaliti di Setiawan, Perak dan Keningau, Sabah ditamatkan.

Saya takut jarum suntikan - Pandelela
Selepas pengambilan itu, atlet dari Sarawak itu kini lebih yakin dalam menjalani rutin harian, berlatih dan pertandingan, termasuk Piala Dunia Terjun di Tokyo yang dijadualkan dari 1-6 Mei.

Zii Jia tidak ambil vaksin kerana demam - Hendrawan
Juara All England 2021, Lee Zii Jia terlepas suntikan vaksin COVID-19 hari ini kerana demam.