awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: JPBB Sibu perinci langkah bendung penularan jangkitan

Khairuddin Rushdi Ayuphan
Khairuddin Rushdi Ayuphan
07/03/2021
08:22 MYT
COVID-19: JPBB Sibu perinci langkah bendung penularan jangkitan
Annuar yang juga ADUN Nangka memohon penduduk di rumah panjang lain untuk mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) dan mengelakkan pergerakan keluar masuk rumah. FOTO: Facebook / Annuar Rapaee
SIBU: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Sibu akan memperincikan langkah terbaik bagi mengawal penularan COVID-19 di Rumah Panjang Berendam, Durin, Sibu.
Langkah diambil susulan 28 kes positif dilaporkan di rumah panjang tersebut pada Sabtu.
Ia termasuk mengelakkan mereka yang dijangkiti terus bebas bergerak dan mendatangkan risiko kepada penduduk setempat.
Menurut Penyelaras JPBB Sibu, Dr Annuar Rapaee, antara inisiatif dirancang adalah melaksanakan sekatan pergerakan di kawasan tersebut atau memindahkan penduduk yang disahkan negatif ke pusat kuarantin.
“Di rumah panjang ini, kita percaya salah seorang penduduk telah membawa virus ke kawasan penempatan itu dan menyebabkan berlakunya peningkatan kes positif COVID-19.
“Jadi sekatan pergerakan adalah langkah terbaik bagi membendung penularan selain melakukan ujian saringan kedua kepada semua penduduk di rumah panjang tersebut.
“Bagaimanapun sekiranya sekatan pergerakan tidak dapat dilakukan, kita akan memindahkan kesemua penduduk yang negatif ke pusat kuarantin,” katanya.
Justeru, Annuar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka memohon penduduk di rumah panjang lain untuk mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) dan mengelakkan pergerakan keluar masuk rumah.
Dia berkata demikian menerusi satu hantaran video di Facebook pada Sabtu.
Topic Berkaitan
#COVID-19 di Sarawak
#kes positif di Sibu
#kluster COVID-19 di Sibu
#Rumah Panjang Berendam
#JPBB Sibu
#Annuar Rapaee
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan