COVID-19: Jumlah kes di kawasan PKPD meningkat, Selangor Mansion catat 32 lagi kes

Faris Danial Razi
April 11, 2020 13:29 MYT
Ia sekali gus menjadikan jumlah positif di kawasan berkenaan meningkat kepada 43 kes selepas sebanyak 898 ujian saringan telah dilakukan. - Astro AWANI/ Shahir Omar
Sebanyak 32 kes baharu COVID-19 dicatatkan di Selangor Mansion, lapor Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada Sabtu.
Ia sekali gus menjadikan jumlah positif di kawasan berkenaan meningkat kepada 43 kes selepas sebanyak 898 ujian saringan telah dilakukan.
Manakala jumlah kes di Malayan Mansion masih kekal kepada empat kes selepas seramai 783 individu dikenakan ujian saringan.
Dalam perkembangan sama, jumlah kes positif di Menara Plaza City One, Jalan Munshi Abdullah, masih kekal dengan 30 kes setelah 2,054 kerja saringan dilakukan oleh pihaknya.
Ini pula laporan kes terkini bagi dua lagi kawasan PKPD iaitu di Kluang, Johor Bahru dan Hulu Langat, Selangor:
Kluang, Johor Bahru
- Sebanyak 183 jumlah kes positif
- Tujuh kes baharu pada Sabtu
Bandar Baru Ibrahim Majid
- Sebanyak 145 jumlah kes positif
- Catat tujuh kes baharu pada Sabtu
Ikut pecahan kepada mukim:
- Sebanyak 160 kes di Ulu Benut
- Sebanyak 18 kes di Kluang
- Sebanyak empat kes di Machap
- Sebanyak satu kes di Niyor
Hulu Langat, Selangor
- Jumlah kes positif ialah 387 kes
- Catat sebanyak 11 kes baharu pada Sabtu
Manakala di Kampung Sungai pula masih kekal kepada 92 kes. Dan di kawasan selain Sungai Lui pula, sebanyak 295 kes sudah dicatatkan selepas 14 kes baharu direkodkan pada Sabtu.
Ikut pecahan kepada mukim:
- Sebanyak 62 kes di Ampang
- Sebanyak 11 kes di Beranang
- Sebanyak 46 kes di Cheras
- Sebanyak 108 kes di Hulu Langat
- Sebanyak 149 kes di Kajang
- Sebanyak 11 kes di Semenyih
Untuk rekod, sesebuah kawasan dikategorikan sebagai zon merah apabila mencatatkan lebih 41 kes dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan sekiranya terdapat pertambahan kes secara drastik.
BACA: Polis terima laporan penghuni Selangor Mansion baling objek keras kepada tentera
BACA: COVID-19: Hulu Selangor diisytihar zon merah
BACA: 165 kes pulih, tiga kematian dan 2,462 kes kebolehjangkitan COVID-19
#COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #Hulu Selangor #kesihatan #Kluang #koronavirus #Noor Hisham Abdullah #tentera