KUALA LUMPUR: Nilai kadar kebolehjangkitan di Malaysia catat peningkatan.

Pada Isnin, angka itu kembali naik ke kepada 0.93 berbanding 0.92 hari sebelumnya.

Sebanyak lapan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

Pahang merekodkan kadar tertinggi dengan 1.07, diikuti Sarawak, Terengganu, Perak, Johor, Kelantan, Perlis dan Pulau Pinang.

Sementara itu, Putrajaya, Sabah, Melaka, Kedah, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur catat R-naught di bawah purata kebangsaan.

Labuan, yang sudah mencapai imuniti kelompok mencatatkan sifar kes baharu COVID-19.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini adalah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.