KUALA LUMPUR: Nilai kadar kebolehjangkitan di Malaysia kembali meningkat selepas menunjukkan trend menurun selama beberapa minggu.

Pada Khamis, nilai itu berada pada kadar 0.97 berbanding 0.95 beberapa hari sebelumnya.

Sebanyak 10 negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

Sarawak catat kadar tertinggi dengan 1.15, diikuti Perlis, Terengganu, Pulau Pinang, Perak, Johor, Kelantan, Pahang, Putrajaya dan Kedah.

Sementara itu, Sabah, Melaka, Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan catat R-naught di bawah purata kebangsaan.

Labuan, yang sudah mencapai imuniti kelompok  pula hanya mencatatkan 15 kes baharu COVID-19.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.