KUALA LUMPUR: Kanak-kanak perlu diberikan vaksinasi kerana terdedah kepada sindrom keradangan pelbagai sistem dalam kanak-kanak (MISC) yang boleh menyebabkan kematian jika dijangkiti COVID-19.
Pakar Kesihatan Awam Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Malina Osman, berkata kanak-kanak yang pernah dijangkiti COVID-19 dan pulih sepenuhnya juga perlu melengkapkan vaksinasi.
"Kita dapati walaupun secara umum dikatakan jangkitan adalah ringan, besar kemungkinan sembuh sepenuhnya dalam tempoh tertentu. Namun sebahagian kecil kanak-kanak akan mendapati MISC maksudnya berlaku radang dalam pelbagai organ.
"Sebahagian (kes) ini akan melarat dan akan menyebabkan keadaan tidak dijangka dan seterusnya boleh mengakibatkan komplikasi serius dan mendapat kematian," jelasnya ketika ditemu bual Astro AWANI pada Isnin.
Beliau mengulas mengenai situasi semasa membabitkan kesan jangka panjang (long COVID) yang dialami sesetengah kanak-kanak akibat dijangkiti wabak itu.
Tambah Dr Malina, jika pola penularan terhadap golongan itu tidak diberi perhatian, bapa, beliau khuatir ia boleh menyebabkan lebih banyak penularan terhadap golongan komorbiditi terutama warga emas dalam komuniti.
"Kita bimbang keadaan ini akan menyebabkan kemasukan ke hospital dan Unit Rawatan Rapi (ICU) akan bertambah dan memberi tekanan kepada sistem kesihatan kita," ujarnya lagi.
Justeru tegasnya, pengambilan vaksin bagi golongan itu amat penting untuk memastikan mereka tidak terdedah dengan kesan jangka panjang COVID-19.
"Untuk mereka masih belum dijangkiti, mereka perlu dapatkan suntikan vaksin seperti mana dijadualkan, jangan lagi rasa teragak agak, was-was atau tidak pasti.
"Nasihat ini datang dari semua pakar perubatan pediatrik yang merawat kanak-kanak dan melihat sendiri kesan jangkitan COVID-19 terhadap kumpulan umur tersebut," katanya.
Fareez Azman
Mon Feb 21 2022
Kanak-kanak yang pernah dijangkiti COVID-19 dan pulih sepenuhnya juga perlu melengkapkan vaksinasi. - Gambar hiasan/ Bernama
Battle Of The Reds: Legenda Liverpool masih bertenaga
Legenda Manchester United terpaksa akur dengan kekalahan kepada legenda Liverpool dengan jaringan 4-2.
Boling Padang: Farah Ain muncul juara dunia!
Farah pamer aksi luar biasa dalam penampilan sulungnya di pentas bertaraf dunia dengan kemenangan straight sets 6-2 dan 6-3.
Sultan Nazrin, Tuanku Zara hadiri majlis Aidilfitri PDRM Perak
Sultan dan Raja Permaisuri Perak berkenan berangkat menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri PDRM Kontinjen Perak 2024.
Nahas helikopter Lumut: Kebajikan, pendidikan anak-anak wira dipastikan tidak terabai - Menteri
Kementerian Pendidikan lakukan susur tindak bagi memastikan kebajikan 10 orang anak mangsa nahas helikopter dijaga sehingga tamat persekolahan kelak.
Bintang TikTok Iraq, Umm Fahad ditembak mati di luar rumah
Pihak berkuasa Iraq umum penubuhan "jawatankuasa siasatan khas- untuk menjejaki pembunuh yang tidak dikenali itu.
PM Anwar tiba di Riyadh untuk hadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Anwar tiba di Riyadh dalam rangka lawatan tiga hari bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).
Jemputan peribadi ke Mesyuarat Khas WEF bukti keakraban Putera Mahkota Mohammed, PM
Ini merupakan lawatan keempat Anwar ke Arab Saudi sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
MISC catat keuntungan bersih RM1.82 bilion
Perolehan syarikat melonjak kepada RM13.87 bilion daripada RM10.67 bilion, selepas semua segmen menyampaikan sumbangan hasil yang lebih tinggi.
MIDF Research positif terhadap prospek MISC dengan pertambahan dua kapal pengangkut LNG baharu
Berdasarkan rekod prestasi cemerlang, ditambah permintaan kukuh LNG di peringkat global, kumpulan itu sedia meneruskan prestasi baiknya.
COVID-19: Kanak-kanak perlu dapatkan vaksin segera untuk elak MISC
Pakar Kesihatan Awam Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Malina Osman, berkata kanak-kanak yang pernah dijangkiti COVID-19 dan pulih sepenuhnya juga perlu melengkapkan vaksinasi.
MISC catat untung bersih RM1.83 bilion bagi FY21
Hasil dalam tempoh itu juga meningkat 13.5% kepada RM10.67 bilion daripada RM9.4 bilion tahun sebelumnya.
Tindakan telus MISC-MIFA lapor siasatan rasuah patut dicontohi - Dr Subramaniam
Tindakan drastik yang diambil oleh jawatankuasa integriti bebas persatuan itu patut dijadikan ikutan semua pasukan bola sepak di negara ini.
Atur perlawanan: 'Ah Chong' serah diri kepada SPRM
Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Khairul Anuar Baharum, hari ini menyerah diri di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Nasib tiga pemain ditentukan selepas SPRM selesai siasatan - Presiden MISC-MIFA
Nasib tiga pemain pasukan bola sepak Misc-MIFA akan ditentukan selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai menjalankan siasatan terhadap mereka.