awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kematian dalam kalangan perokok lebih tinggi

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
31/05/2020
09:28 MYT
COVID-19: Kematian dalam kalangan perokok lebih tinggi
Berdasarkan analisis awal yang dijalankan ke atas 86 pesakit COVID yang telah meninggal dunia mendapati 19.8 peratus iaitu 17 orang terdiri daripada kumpulan perokok. - Gambar hiasan
Golongan perokok dikategorikan lebih berisiko untuk mendapat komplikasi yang teruk sekiranya mereka dijangkiti wabak COVID-19.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, berdasarkan analisis awal yang dijalankan ke atas 86 pesakit COVID yang telah meninggal dunia mendapati 19.8 peratus iaitu 17 orang terdiri daripada kumpulan perokok.
Beliau menjelaskan, analisis yang sama juga mendapati jumlah kematian COVID-19 dalam kalangan mereka yang tidak mempunyai sejarah penyakit kronik tetapi merokok adalah tinggi iaitu 17.6 peratus berbanding 12.1 peratus mereka yang bukan perokok.
"Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) yang dilancarkan pada 29 Mei lalu menunjukkan prevalen rakyat Malaysia yang menghidap darah tinggi adalah sebanyak 30 peratus dan penyakit kencing manis adalah sebanyak 18.3 peratus.
"Golongan ini berisiko untuk mendapat komplikasi yang teruk sekiranya dijangkiti COVID-19. Apatah lagi jika mereka mempunyai risiko tambahan seperti amalan merokok," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya di sini, pada Ahad.
Noor Hisham turut menjelaskan, tinjauan yang sama juga mendedahkan 21.3 peratus rakyat Malaysia yang dianggarkan merokok adalah lebih terdedah kepada risiko komplikasi COVID-19 berbanding mereka yang tidak merokok.
Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus membuat pemantauan ke atas penjualan secara dalam talian didapati masih giat berjalan misalnya melalui platform e-dagang.
Beliau berkata, kesalahan penjualan secara dalam talian dan kesalahan penjualan produk yang mengandungi nikotin adalah masing-masing dikawal di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 dan Akta Racun 1952.
Sepanjang penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), katanya, sebanyak 118 laman sesawang persendirian, e-dagang dan media sosial yang dikesan melakukan kesalahan telah diambil tindakan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#Noor Hisham Abdullah
#perokok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan