awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Perak Sejahtera Inter Parlimen platform cungkil bakat muda bola sepak Perak
Raja Muda Kedah puji tindakan warga emas lapor cucu terlibat dadah
Mangsa banjir di Sarawak meningkat, Sabah kekal setakat pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kerajaan digesa wujudkan makmal ujian saringan di Sabah

Astro Awani
Astro Awani
26/10/2020
21:22 MYT
COVID-19: Kerajaan digesa wujudkan makmal ujian saringan di Sabah
Dr Khor Swee Kheng berkata kerajaan juga wajar memperluaskan kit ujian pantas atau rapid test kit di Sabah. -Gambar fail/ linkedin / Swee Kheng Khor
KUALA LUMPUR :Kerajaan digesa untuk mewujudkan makmal ujian saringan COVID-19 di Sabah bagi meningkatkan keupayaan pengesanan virus tersebut dengan kadar segera.
Pakar Perubatan dan Kesihatan Awam, Dr Khor Swee Kheng berkata, ini kerana lebih 70 peratus daripada kes aktif COVID-19 pada ketika ini menular negeri itu.
"Dengan kes aktif yang begitu banyak maka adalah wajar kerajaan untuk mewujudkan makmal saringan COVID-19 berbanding melakukan penerbangan harian menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
"Pada masa yang sama kita juga dapat meningkatkan jumlah ujian yang dilakukan di Sabah," katanya ketika ditemu bual menerusi Skype di sini, pada Isnin.
Dalam pada itu, Swee Kheng berkata kerajaan perlu memperluaskan kit ujian pantas atau rapid test kit di Sabah.
Katanya, meskipun ketepatan ujian tersebut kurang berbanding dengan hasil yang diproses di makmal, namun kit segera itu boleh memberi maklumat penting untuk mengetahui sejauh mana wabak tersebut merebak di Sabah.
"Dengan itu, ia akan membantu kerajaan untuk menjalankan langkah-langkah intervensi yang sesuai," jelasnya.
Pada Ahad, sejumlah 823 kes baharu positif COVID-19 direkodkan dengan hampir 65 peratus daripadanya membabitkan jangkitan di Sabah.
Pertambahan jangkitan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia mencecah 26,565 dengan 9,202 kes aktif.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#ujian saringan
#makmal ujian
#Tentera Udara Diraja Malaysia
#TUDM
#rapid test kit
#Khor Swee Kheng
#pakar perubatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan