IMUNITI kelompok (herd immunity) boleh dicapai apabila 60 hingga 70 peratus rakyat Malaysia menerima suntikan vaksin COVID-19, sekali gus dapat membendung penularan wabak itu.
Ketua Farmakovigilans Pharmaniaga Berhad, Vanessa Daniel, berkata imuniti kelompok penting dalam memberikan perlindungan kepada masyarakat khususnya golongan berisiko tinggi.
Justeru, kerjasama semua pihak dan anggota masyarakat perlu sebagai usaha mencapai imuniti kelompok.
“Kita perlu ingat penyakit cegahan vaksin macam COVID-19, demam campak, polio dan seumpamanya boleh disebarkan daripada individu kepada individu.
“Bagi menjayakannya, kerjasama semua anggota masyarakat diperlukan untuk mencapai objektif imuniti kelompok demi perlindungan seluruh rakyat Malaysia daripada virus COVID-19.
“Mereka yang tidak berapa yakin dengan vaksin ini perlu diberi lebih banyak penerangan mengenai keselamatan, keberkesanan, kualiti dan juga kepentingan vaksin bagi memecahkan keraguan mereka.” katanya kepada Astro AWANI pada Selasa.
Dalam pada itu, beliau menambah, usaha kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disifatkan sebagai relevan, sementara negara berusaha mencapai tahap imuniti kelompok.
Ujar beliau lagi, banyak yang telah dipelajari oleh negara sejak pandemik COVID-19 melanda dunia.
“Saya yakin sebenarnya kita bersedia untuk membendung COVID-19 dan isu bekalan vaksin adalah satu situasi bersifat sementara.
“YAB Perdana Menteri berkata Pelan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah dibangunkan dan Malaysia dijangka akan menerima bekalan vaksin COVID-19 fasa pertama daripada Pfizer sekitar hujung Februari 2021.
“Bekalan daripada fasiliti lain seperti COVAX, AstraZeneca juga akan memastikan kita mencapai 40 peratus populasi,” katanya.
Sementara itu, untuk mencapai 80 peratus populasi menerima vaksin, kerajaan juga bakal berunding dengan fasiliti seperti CanSino dan Gamaleya.
Manakala syarikat farmaseutikal terbesar negara, Pharmaniaga Berhad telahpun menandatangani perjanjian bekalan vaksin COVID-19 dengan Sinovac.
Sekiranya perkara itu dapat dicapai, pastinya masalah dalam membekalkan vaksin tidak akan wujud.
Vanessa menambah, fahaman tidak berasas seperti vaksin boleh menyebabkan autism dan menyebarkan kuman adalah tidak benar sama sekali.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat yang lebih tepat daripada badan-badan bertauliah seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), atau terus berjumpa dengan doktor.
Soalan-soalan lazim juga telah dikeluarkan oleh KKM dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkaitan vaksinasi.
Semua pihak memainkan peranan dalam memastikan negara dapat mencapai imuniti kelompok dan vaksin dapat diberikan secepat mungkin.
*Artikel ini adalah kandungan berbayar.
Ehsan A Marisah
Tue Jan 12 2021
Vanessa berkata imuniti kelompok penting dalam memberikan perlindungan kepada masyarakat khususnya golongan berisiko tinggi. - Gambar Pharmaniaga.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
COVID: KKM jangka kes Kategori 1, 2 meningkat selepas Aidilfitri
Berdasarkan trend kes COVID-19 untuk tempoh dua bulan lepas, KKM mendapati 99.5 peratus kes adalah Kategori 1 dan 2.
Tiada bukti Omicron mampu bina imuniti - Khairy
Setakat ini, tidak ada mana-mana pendekatan kesihatan awam di dunia yang menyatakan individu dijangkiti varian Omicron mampu membina imuniti kepada wabak itu.
COVID-19: 70.1 peratus penduduk Sarawak lengkap divaksin
90.7 populasi dewasa serta 41.3 peratus populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun di Sarawak telah melengkapkan vaksinasi.
Kebebasan memilih tidak divaksinasi bukan bererti bebas daripada akibat
Tinggal dalam sebuah masyarakat menuntut semua pihak bertindak dengan mengambil kira tanggungjawab mereka terhadap komuniti.
Pemulihan industri acara perniagaan kunci untuk bantu ekonomi negara - Irmohizam
Malaysia kini sedang menuju ke arah imuniti kelompok dan beliau berharap kerajaan mempertimbangkan untuk melonggarkan sekatan dikenakan.
Fokus perluasan capaian vaksinasi, bukan lagi imuniti kelompok - Khairy
Kerajaan tidak lagi menggunakan terma imuniti kelompok, sebaliknya fokus pada perluasan capaian vaksinasi kepada seramai yang mungkin.
81.8 peratus populasi dewasa lengkap dos vaksin COVID-19
Sejumlah 326,612 dos suntikan vaksin diberikan pada Khamis di mana 194,050 adalah bagi dos kedua, manakala 132,562 adalah bagi dos pertama.
KKM tidak lagi guna formula imuniti kelompok, fokus pemberian vaksin - Khairy
KKM tidak lagi menggunakan formula konvensional yang menilai imuniti kelompok berdasarkan capaian sekurang-kurangnya vaksinasi 80 peratus penduduk dewasa dalam usaha membendung COVID-19.
Hanya 0.01 kematian dilaporkan libatkan individu lengkap dua dos - Khairy
Hanya 0.01 peratus kematian dilaporkan dalam negara akibat COVID-19, melibatkan individu yang sudah melengkapkan dua dos vaksin.
COVID-19: 79.6 peratus populasi dewasa lengkap divaksin
Berbaki 0.4 peratus populasi dewasa sahaja lagi sebelum negara mencapai imuniti kelompok pada kadar 80 peratus.