MALAYSIA
COVID-19: Kes baharu menurun kepada 4,701

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, pertambahan kes baharu itu menjadikan kes kumulatif yang direkodkan setakat ini sebanyak 2,501,966. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sejumlah 4,701 kes baharu COVID-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, pertambahan kes baharu itu menjadikan kes kumulatif yang direkodkan di dalam negara setakat ini sebanyak 2,501,966.
Jumlah itu juga mencatatkan penurunan sebanyak 221 kes berbanding semalam.
Pada masa yang sama, Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sejumlah 47 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.BERITA LANJUT MENYUSUL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami