KUALA LUMPUR: Kes baharu COVID-19 negara kembali melonjak selepas merekodkan 7,105 kes dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, Selangor kekal menjadi negeri yang merekodkan kes harian tertinggi, 2,068 kes.

Ia diikuti Kuala Lumpur (817), Sarawak (703) dan Kelantan (531).

Daripada jumlah itu, 7,103 kes merupakan jangkitan tempatan manakala dua lagi kes import.


Dr Noor Hisham turut memaklumkan jumlah kes aktif kini adalah 80,474 kes sementara jumlah kes di unit rawatan rapi (ICU) adalah 872 kes dengan 419 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sejumlah 71 kes kematian direkodkan dalam 24 jam yang lalu dengan jumlah kes kematian kini adalah 2,867 kes.

Jumlah kes sembuh baharu pula adalah 6,083 kes dengan jumlah kes sembuh ketika ini adalah 496,121 kes.

Berikut merupakan pecahan  
Selangor - 2,068 (188,994)
Kuala Lumpur - 817 (59,471)
Sarawak - 703 (48,032)
Kelantan - 531 (28,319)
Johor - 431 (58,814)
Pulau Pinang - 400 (29,026)
Negeri Sembilan - 397 (26,702)
Perak - 387 (21,021)
Sabah - 318 (62,562)
Melaka - 249 (12,335)
Kedah - 236 (19,145)
Terengganu - 198 (8,969)
Pahang - 190 (9,767)
Labuan - 162 (3,884)
Putrajaya - 18 (1,910)
Perlis - 0 (511)