awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia alami prestasi rendah pada hari dagangan terakhir 2025
Pelancaran PlayStation 6 dijangka ditangguh selepas 2027 akibat kekurangan RAM
Meta dilapor beli Manus pada nilai lebih AS$2 bilion, perkhidmatan kekal beroperasi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes meningkat kepada 117, dua pesakit kritikal

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
09/03/2020
10:33 MYT
COVID-19: Kes meningkat kepada 117, dua pesakit kritikal
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, kedua-dua mereka sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Sungai Buloh dan Hospital Sultanah Aminah, Johor. - Gambar fail
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan dua individu yang disahkan positif COVID-19 berada dalam keadaan kritikal.
Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, kedua-dua mereka sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Sungai Buloh dan Hospital Sultanah Aminah, Johor.
Beliau yang enggan mendedahkan identiti mereka itu bagaimanapun memberitahu, kedua-dua pesakit itu kini bergantung kepada alat bantuan pernafasan.
Dalam pada itu beliau turut menjelaskan, gelombang kedua wabak COVID-19 terus menyaksikan peningkatan kes apabila 18 lagi kes baharu telah dikesan sehingga jam 12 tengah hari tadi, menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 117.
“KKM masih menjalankan siasatan dan aktiviti pengesanan kontak rapat masih diteruskan,” katanya pada sidang media di Putrajaya di sini, pada Isnin.
Topic Berkaitan
#coronavirus
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Hospital Sultanah Aminah
#Hospital Sungai Buloh
#ICU
#Kementerian Kesihatan
#koronavirus
#kritikal
#unit rawatan rapi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan