awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Batik ecoprint hasil karya anak didik Cikgu Hadi curi tumpuan di Festival Kraf Johor 2025
FEZAKAT 2025 tingkatkan kesedaran, kefahaman zakat kepada masyarakat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: KKM kenal pasti 17 kes varian Afrika Selatan

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
14/04/2021
11:16 MYT
COVID-19: KKM kenal pasti 17 kes varian Afrika Selatan
KKM mengenal pasti sejumlah 17 kes positif COVID-19 jangkitan tempatan yang telah dijangkiti dengan varian South African B.1.351 di Malaysia.
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti sejumlah 17 kes positif COVID-19 jangkitan tempatan yang telah dijangkiti dengan varian South African B.1.351 di Malaysia.
KKM memaklumkan, setakat ini, analisis filogenetik serta hubung kait geografi menunjukkan kebarangkalian kes-kes tersebut adalah daripada punca jangkitan yang sama.
"Sejak 3 Februari 2021, Variant of Concerns (VOCs) mula dikesan di Malaysia di mana dua kes pertama varian UK B.1.1.7 telah dikesan melalui saringan di Pintu Masuk Antarabangasa (PMA). Saringan di PMA seterusnya mengesan dua kes varian Nigerian B.1.525 pada 5 Mac 2021.
“Pada 18 Mac 2021, varian South Afican B.1.351 pula telah ditemui di kalangan dua kakitangan syarikat yang berpengkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Kluster Jalan Lima serta satu kes masing-masing dari Kluster Kebun baru dan saringan kontak rapat.
“Bagi mengesan sejauh mana penyebaran lineage B.1.351, lebih banyak kes-kes di kawasan geografi yang berdekatan termasuk daerah Kuala Langat dan daerah Sepang telah dijalankan turutan jujukan genom penuh,” kata KKM dalam kenyataan media pada Rabu.
Berikut adalah varian South Africa B.1.351 yang terdapat di dalam kluster-kluster dan saringan kontak rapat:
varian South Africa B.1.351 yang terdapat di dalam kluster-kluster dan saringan kontak rapat
Varian South Africa B.1.351 yang terdapat di dalam kluster-kluster dan saringan kontak rapat
Ringkasan survelan genomik untuk negeri-negeri lain
Ringkasan survelan genomik untuk negeri-negeri lain
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#Sepang
#kesihatan
#kes positif
#COVID-19
#varian baharu
#varian Afrika Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan