KUALA LUMPUR: Perincian enam kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini;

1. Kluster Taman Komersial

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor.

Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 26 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan 6/5 Pandan Indah Commercial Centre, Taman Komersial, Hulu Langat.

Sehingga 5 April 2021, sejumlah 23 individu telah disaring, di mana 14 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. 

2. Kluster Lorong Dua

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling dan Kuala Selangor di Selangor.

Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 30 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Lorong 2B, Jalan TUDM, Kampung Subang Baru, Shah Alam.

Sehingga 5 April 2021, sejumlah 332 individu telah disaring, di mana 41 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. Kluster Jalan Inovasi

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras dan Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta daerah Putrajaya di Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-342377) dilaporkan positif COVID-19 pada 29 Mac 2021 hasil saringan kontak rapat. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kafetaria yang terletak berhampiran dengan Jalan Inovasi, Kuala Lumpur.

Sehingga 5 April 2021, sejumlah 49 individu telah disaring, di mana 14 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. Kluster Jalan Mata Kuching

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Melaka Tengah di Melaka.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-331612) dilaporkan positif COVID-19 pada 20 Mac 2021 hasil saringan pra pembedahan.

Kluster ini melibatkan sebuah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Taming Sari, Mata Kuching Dalam, Melaka Tengah.

Sehingga 5 April 2021, sejumlah 67 individu telah disaring, di mana 16 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

5. Kluster Persiaran Utama

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan.

Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 3 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Persiaran Utama S2, Garden Homes, Seremban.

Sehingga 5 April 2021, sejumlah 90 individu telah disaring, di mana 18 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

6. Kluster Bukit Sera

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuala Muda di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-347804) dilaporkan positif COVID-19 pada 2 April 2021 hasil saringan individu bergejala.

Kluster ini melibatkan sebuah majlis sosial yang diadakan di Kampung Bukit Sera, Batu 2, Jalan Kuala Ketil, Sungai Petani, Kuala Muda. Sehingga 5 April 2021, sejumlah 18 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.