awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan MADANI terus komited pacu kesejahteraan rakyat Sarawak - PM Anwar
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kluster baharu di Sabah, libatkan petugas kesihatan awam - Dr Noor Hisham

Firdaus Azil
Firdaus Azil
18/04/2020
09:56 MYT
COVID-19: Kluster baharu di Sabah, libatkan petugas kesihatan awam - Dr Noor Hisham
Kluster itu melibatkan tiga hospital KKM, iaitu Hospital Queen Elizabeth 2, Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas dan Hospital Keningau.
Satu lagi kluster baharu COVID-19 dikesan, ekoran peningkatan kes positif antara petugas kesihatan di Sabah, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Dalam sidang media harian hari ini, beliau berkata, kluster itu melibatkan tiga buah hospital Kementerian Kesihatan Malaysia di Sabah iaitu Hospital Queen Elizabeth 2, Hospital Wanita dan Kanak-kanak, Likas dan Hospital Keningau.
“Sehingga 18 April 2020, terdapat 31 kes yang telah dikenal pasti positif COVID-19 dalam kluster ini, termasuk dua kes baru dilaporkan hari ini.
“Kesemua kes masih dalam rawatan setakat ini. Kluster ini terdiri daripada 23 petugas kesihatan dan lapan ahli keluarga / orang awam,” katanya lagi.
BACA: COVID-19: Kes baharu kekal dua digit, PKP beri kesan positif - KP Kesihatan
Dr Noor Hisham berkata, kluster itu mula dikesan apabila keputusan ujian COVID-19 adalah positif pada 2 April 2020 bagi salah seorang kakitangan hospital yang melapor diri di Hospital Queen Elizabeth 2.
Beliau berkata, kakitangan itu didapati tidak sihat dan mempunyai gejala batuk dan selesema pada hari tersebut.
“Siasatan dan saringan bagi kontak kakitangan tersebut telah dijalankan. Jangkitan COVID-19 telah didapati positif bagi beberapa rakan setugas serta ahli keluarga.
Kesemua 31 kes masih berada di dalam wad dan adalah berada dalam keadaan stabil. Tiada kes yang mendapat jangkitan ini semasa mengendalikan pesakit COVID-19,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Hospital
#Hospital Keningau
#Hospital Queen Elizabeth 2
#Kementerian Kesihatan
#Keningau
#KKM
#Kluster baharu
#kluster petugas kesihatan sabah
#Kota Kinabalu
#Likas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan