Kluster Benteng Lahad Datu (LD) mencatatkan empat lagi kes positif COVID-19 baharu pada Selasa.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ia melibatkan kes baharu di Lahad Datu.
"Terdapat empat (4) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Benteng LD pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 424 kes. Sehingga 15 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 6,610 individu telah disaring dalam kluster ini," katanya dalam sidang media di Putrajaya pada Selasa.
Sehingga kini, seramai 1,531 individu telah disaring, 93 kes dikesan positif COVID-19 dan 1,127 individu negatif. Manakala 311 individu lagi masih menunggu keputusan.
Di Tawau pula, seramai 5,079 individu telah disaring dengan 331 kes dikesan positif, 2,352 individu negatif dan 2,396 individu masih menunggu keputusan.
"Berdasarkan keseluruhan saringan bagi kluster ini, pecahan saringan melibatkan 1,096 banduan dan tahanan di mana 395 kes dikesan positif COVID19. Manakala 1,147 kakitangan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Lahad Datu dan Penjara Tawau dimana 10 kes dikesan positif COVID-19.
"Bagi 1,251 ahli keluarga kepada kakitangan, banduan dan tahanan di mana sembilan dikesan positif COVID-19, 977 pegawai agensi kerajaan lain, tiada dikesan positif COVID-19, Saringan kontak sosial seramai sejumlah 2,139 saringan turut mengesan 10 kes positif COVID-19," katanya.
Tambahnya, daripada jumlah 424 kes positif COVID-19 bagi kluster itu, sebanyak 186 kes positif melibatkan warga tempatan manakala 238 bukan warganegara Malaysia.
Fareez Azman
Tue Sep 15 2020
Menurut Dr Noor Hisham, Sehingga kini, seramai 1,531 individu telah disaring, 93 kes dikesan positif COVID-19 dan 1,127 individu negatif. Manakala 311 individu lagi masih menunggu keputusan. - Gambar fail
Mengenang sumbangan dan jasa Joseph Kurup
Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sabah, Dr Romzi Ationg berkongsi pandangan dan memperingati sumbangan dan jasa mendiang Joseph Kurup.
Ronaldo digantung dua perlawanan kerana berkelakuan ganas
Cristiano Ronaldo digantung dua perlawanan kerana menyiku lawan dan mengancam menyerang pengadil selepas Al Nassr tewas kepada Al Hilal.
PBAPP akan lepas air dari EMD jika Sungai Muda terus menyusut
PBAPP boleh melepaskan maksimum 600 juta liter air mentah sehari (JLH) dari EMD yang berfungsi sebagai sumber sokongan kemarau apabila Sungai Muda terus menyusut berikutan cuaca kering.
TikTok mulakan ujian untuk aplikasi perkongsian gambar dan teks
TikTok Notes akan memudahkan perkongsian perkembangan harian dengan lebih mudah dan kreatif menggunakannya.
Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, Bank Dunia di Washington
Amir Hamzah mengetuai delegasi Malaysia ke Washington, Amerika Syarikat bagi menghadiri Mesyuarat Musim Bunga IMF dan Kumpulan Bank Dunia.
Misi Flotila ke Gaza bermula hari ini
Seramai 20 aktivis Malaysia akan menyertai Misi Flotila ke Gaza yang dijangka berlepas pada Ahad ini di mana misi ini akan bermula di Istanbul Turki pada Khamis sebagai persediaan akhir dan dijangka berlepas ke Gaza nanti.
[TERKINI] Kerajaan setuju pertimbang salur peruntukan kepada wakil rakyat Pembangkang – Fadillah
Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk mempertimbang penyaluran peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang, kata Timbalan Perdana Menteri II Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dalam satu kenyataan media pada Khamis, beliau yang juga Ketua Whip Kerajaan Perpaduan berkata, perkara itu dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan di Putrajaya pada Rabu.
Dalam satu kenyataan media pada Khamis, beliau yang juga Ketua Whip Kerajaan Perpaduan berkata, perkara itu dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan di Putrajaya pada Rabu.
Pekerja kilang belacan dituduh membunuh
Seorang pekerja kilang belacan didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan atas tuduhan membunuh seorang lelaki, awal bulan ini.
K'jaan setuju salur peruntukan kepada pembangkang - Fadillah
Satu deraf MoU akan dirangka serta dipanjangkan kepada pihak pembangkang, sebagai langkah perundingan seterusnya.
Sistem GPS bawah laut dibangunkan untuk penyelam skuba
Sehingga lima individu boleh menggunakan DNS serentak untuk setiap pelampung.
Ambil banduan bekerja, majikan bantu ubah masa depan
Peluang kedua bagi memperbaiki kesilapan dan mengubah masa depan dengan menawarkan pekerjaan kepada banduan memberikan seribu makna kepada golongan ini.
'Tahun ini kali ke-18, sambut raya di sebalik tirai besi'
Jadi banduan akhir ini memang ada tekanan, siapa yang boleh terima kalau hukuman kita ni akan pergi ke tali gantung?
Biskut resipi Tunku Azizah dihasilkan banduan laris dijual
Ramai sanggup mendapatkan pelbagai biskut yang dijual di penjara Bentong, biarpun harganya mahal kerana menggunakan bahan premium dan berkualiti tinggi.
'Tiada layanan istimewa kepada Najib'
Semua banduan diuruskan mengikut peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Banduan jadi penoreh getah profesional di Kelantan
Penjara Kelantan bakal melahirkan lebih ramai penoreh getah profesional dalam kalangan banduan melalui latihan di bawah Program Pembebasan Banduan Secara Lesen (PBSL).
Banduan derma gaji bekerja di penjara bantu warga Palestin
Hantaran Mashouf mengenai sumbangan Hamza itu pantas menjadi tular dengan lebih 24,000 suka dan mendapat lebih 8,200 ciapan semula.
Lebih 20,000 banduan jalani program pemulihan dalam komuniti
Lebih 20,000 banduan di seluruh negara menjalani program pemulihan di luar tembok penjara bersama komuniti dengan pemantauan Jabatan Penjara Malaysia.
Myanmar beri pengampunan kepada 9,600 banduan
Myanmar pada Khamis memberi pengampunan kepada 9,000 banduan sempena ulang tahun kemerdekaan ke-76 negara itu.
Presiden Sri Lanka beri pengampunan kepada 1,004 banduan sempena Krismas
Presiden Sri Lanka Ranil Wickremesinghe memberikan pengampunan kepada 1,004 banduan sempena Hari Krismas.
Warga emas antara 9 banduan jalani hukuman mati, diganti penjara 30 tahun
Ia selepas hukuman tersebut digantikan kepada penjara seumur hidup selama 30 tahun oleh Mahkamah Persekutuan hari ini.