COVID-19: Kluster Matambai dikesan, Kluster Jeram diisytihar tamat

Hilmi Malik
November 16, 2020 10:33 MYT
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kes indeks bagi kluster ini telah didapati positif COVID-19 pada 22 Oktober lalu hasil saringan individu bergejala. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengesan satu lagi kluster baharu yang dikenali sebagai Kluster Matambai, melibatkan daerah Kota Kinabalu, Sabah.
Menurut Ketua Penagarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kes indeks bagi kluster ini telah didapati positif COVID-19 pada 22 Oktober lalu hasil saringan individu bergejala.
“Kes ini telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth bermula 7 hingga 16 November untuk rawatan.
“Saringan kontak rapat menerusi kluster tersebut telah mengesan sebanyak 23 lagi kes positif COVID-19,” katanya pada sidang media COVID-19 pada Isnin.
BACA: COVID-19 di Malaysia: 1,103 kes baharu, empat kematian
Sementara itu, KKM turut memaklumkan mengenai perkembangan Kluster Jeram yang melibatkan daerah di Kubang Pasu, Kedah yang diisytiharkan tamat pada hari ini .
Sehingga 16 November, seramai 351 individu telah disaring di mana lima kes dikesan positif COVID-19 manakala 346 individu lagi adalah negatif.
Tiada sebarang kes kematian baharu dilaporkan bagi kluster ini.
#COVID-19 #Kubang Pasu #Dr Noor Hisham Abdullah #KKM #Kota Kinabalu #Kluster baharu #Hospital Queen Elizabeth #Kementerian Kesihatan #Kluster Matambai #Kluster Jeram