awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19 di Malaysia: 1,103 kes baharu, empat kematian

Hilmi Malik
Hilmi Malik
16/11/2020
10:17 MYT
COVID-19 di Malaysia: 1,103 kes baharu, empat kematian
DR NOOR HISHAM: Terdapat satu kes import dilaporkan hari ini yang menerima jangkitan dari luar negara. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR:Malaysia mencatatkan pertambahan sebanyak 1,103 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes positif sebanyak 48,520 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada pertambahan kes baharu itu, terdapat satu kes import dilaporkan hari ini yang menerima jangkitan dari luar negara.
“Terdapat satu kes import yang dikesan di Selangor yang menerima jangkitan dari luar negara melibatkan warganegara yang tiba dari Arab Saudi.
“Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini adalah sebanyak 12,601 kes,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan COVID-19 pada Isnin.
Bagi kes penularan mengikut negeri, Kuala Lumpur mencatatkan angka tertinggi dengan pertambahan sebanyak 392 kes diikuti Sabah dengan pertambahan sebanyak 288 kes.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini turut melaporkan, terdapat pertambahan empat kes kematian baharu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 313 kes.
Setakat ini, sebanyak 102 kes positif COVID-19 sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu 39 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.
Dalam pada itu, Malaysia terus mencatatkan pertambahan kes sembuh sebanyak 821 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih kini sebanyak 35,606 kes.
Topic Berkaitan
#pandemik
#Dr Noor Hisham Abdullah
#COVID-19
#Selangor
#KKM
#Kementerian Kesihatan
#Kuala Lumpur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan