KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan lapan lagi kluster baharu dikesan di beberapa negeri pada Sabtu.

Menurut Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, tujuh kluster baharu itu melibatkan tempat kerja manakala satu lagi kluster membabitkan komuniti.

"KKM juga ingin memaklumkan terdapat lapan kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan tujuh kluster berkaitan tempat kerja dan satu kluster melibatkan komuniti.

"Perincian kluster-kluster baharu adalah Kluster Jalan Scientex Jaya, Johor (Tempat Kerja), Jalan Mega Teknologi, Johor (Tempat Kerja), Jalan Permas Sembilan,Johor (Tempat Kerja).

"Jalan Gemilang Satu, Johor (Tempat Kerja), Jalan Tampoi Besi, Johor (Tempat Kerja), Kampung Pulau Raja, Kelantan (Tempat Kerja), Jalan Tasek Avenue, Perak (Tempat Kerja), dan Buloh, Sarawak (Komuniti)," katanya dalam kenyataan media pada Sabtu.

Jelasnya, sebanyak 16 kluster juga disahkan tamat pada Sabtu menjadikan jumlah kluster yang telah tamat sebanyak 644 kluster.