PUTRAJAYA: Bilangan pesakit COVID-19 kategori 4 dan 5 menunjukkan peningkatan dalam tempoh tiga bulan terakhir dari April sehingga 13 Jun (semalam).
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata berdasarkan Data Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), sebanyak 59,895 kes dicatatkan dalam tempoh tersebut.
Jelas Dr Adham, secara keseluruhan seramai 104,122 pesakit COVID-19 kategori 4 dan 5 direkodkan sejak Mac tahun lalu sehingga 13 Jun ini.
Pesakit kategori 4 adalah mereka yang memerlukan oksigen manakala kategori 5 adalah pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.
"Pecahan kepada kategori tersebut pada bulan April ialah sebanyak 6,751kes. Ia menunjukkan peningkatan pada bulan Mei itu sebanyak 30,287 kes.
"Sementara, pada sebanyak 22,857 kes setakat 13 Jun," katanya dalam sidang media minggu di sini pada Isnin.
Mengulas lanjut, Dr Adham berkata jumlah penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) juga ketika ini telah mencecah 97 peratus.
Setakat ini, terdapat 1,767 katil ICU di seluruh negara termasuk di hospital Angkatan Tentera Malaysia (ATM), dengan seramai 1,161 orang sedang menjalani rawatan rapi.
Manakala, 452 lagi pesakit memerlukan bantuan pernafasan, tambahnya.
Dalam perkembangan lain, Dr Adham berkata Kementerian Kesihatan (KKM) akan memperkenalkan kit ujian air liur untuk saringan kendiri COVID-19 dalam masa terdekat.
"Terdekat beberapa kit ujian air liur yang boleh diuji di rumah boleh digunakan. Buat masa ini kita hanya menguji di makmal dan hospital untuk kegunaan KKM," katanya.
Mengenai harga ujian saringan COVID-19 pula, Dr Adham berkata orang ramai boleh membuat aduan kepada CPRC dan Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS) sekiranya dikenakan harga yang tidak berpatutan.
Mengikut Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 di bawah tajuk 'Permintaan Bagi Penggunaan Sumber (Seksyen 4)', fi maksimum bagi ujian tindak balas berantai polimerase (RT-PCR) adalah RM150 di Semenanjung Malaysia, manakala RM200 bagi Sabah, Sarawak dan Labuan.
Fi maksimum bagi kit ujian pantas antigen (RTK-Ag) masing-masing ditetapkan RM60 di Semenanjung Malaysia, dan RM80 di Sabah, Sarawak dan Labuan.
Manakala, fi maksimum bagi kit ujian pantas antibodi (RTK-Ab) pula berharga RM50 di Semenanjung Malaysia dan RM70 bagi kawasan Sabah, Sarawak dan Labuan.
Hasimi Muhamad
Mon Jun 14 2021
Secara keseluruhan seramai 104,122 pesakit COVID-19 kategori 4 dan 5 direkodkan sejak Mac tahun lalu sehingga 13 Jun ini. - fotoBERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
COVID-19: Lebih 50,000 pesakit tahap 4 dan 5 direkodkan pada April hingga Jun
Bilangan pesakit COVID-19 kategori 4 dan 5 menunjukkan peningkatan dalam tempoh tiga bulan terakhir dari April sehingga 13 Jun, 2021.