awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MINDEF arah ATM siasat dakwaan budaya tidak bermoral dalam kem tentera
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
Ringgit dibuka rendah didorong langkah elak risiko tingkatkan dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Lebih 50 peratus kes baharu Sabah dikesan daripada kontak rapat

Syah Hairizal Kamalul Arifin
Syah Hairizal Kamalul Arifin
08/11/2020
12:41 MYT
COVID-19: Lebih 50 peratus kes baharu Sabah dikesan daripada kontak rapat
Sebanyak 338 daripada 524 kes positif baharu membabitkan saringan kontak rapat di tiga daerah. -Gambar fail
KOTA KINABALU:Lebih 50 peratus kes positif COVID-19 yang direkodkan di Sabah pada Ahad dikesan melalui saringan kontak rapat, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun.
Beliau berkata, data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) menunjukkan sebanyak 338 daripada 524 kes positif baharu membabitkan saringan kontak rapat di tiga daerah.
"Daripada 524 kes positif COVID-19 hari ini, lebih 50 peratus adalah dari daerah Tawau, Kota Kinabalu dan Sandakan yang dikesan daripada saringan kontak rapat dan selebihnya 186 kes adalah dari lain-lain kategori.
"Hari ini juga dua kes kematian dicatatkan iaitu satu di Tawau dan satu di Sandakan.
"Bagi zon merah, kekal 14 daerah dan selebihnya zon jingga di Beaufort dan Kinabatangan dan selebihnya adalah zon kuning," katanya di sini, hari ini.
Menurut Masidi, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua kawasan di Tawau akan ditamatkan pada 8 November susulan penurunan kes.
"Kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKPD di Taman Semarak dan PPR Sri Balung, Tawau bermula 26 Oktober sehingga 8 November.
"Hasil penilaian risiko yang dijalankan oleh KKM mendapati situasi kes COVID-19 di kedua-dua lokaliti ini mencatatkan penurunan kes dan terkawal.
"Atas nasihat KKM, Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah bersetuju agar pelaksanaan PKPD di kedua-dua lokaliti ini ditamatkan pada 8 November seperti yang dijadualkan," katanya.
Bagaimanapun Masidi berkata lokaliti-lokaliti itu masih tertakluk kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) seluruh Negeri Sabah yang sedang berkuat kuasa.
Topic Berkaitan
#Sabah
#COVID-19
#kes baharu
#Masidi Manjun
#KKM
#kontak rapat
#Tawau
#Kota Kinabalu
#Sandakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan