KUALA LUMPUR: Lebih 98 peratus pekerja dalam industri pembuatan yang berdaftar di bawah Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) telah menerima sekurang-kurangnya dos pertama suntikan vaksin wabak tersebut.
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, PIKAS mencatat prestasi yang amat baik dan membantu menyokong mempercepatkan kadar vaksinasi rakyat Malaysia.
"Walaupun jumlah tenaga kerja dalam sektor pembuatan di dalam negara adalah lebih kurang 2.2 juta orang, namun harus diingat sebahagiannya telah mengambil suntikan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan juga secara 'walk-in' (jumpa terus).
"Jadi daripada sejumlah 900,000 lebih yang dijadualkan untuk mendapatkan suntikan di bawah PIKAS, lebih 98 peratus telah disuntik dan ini satu pencapaian yang cukup baik," katanya kepada pemberita selepas menziarahi empat beradik yang menjadi yatim piatu selepas kehilangan ibu bapa serta nenek mereka akibat COVID-19 di Kampung Melayu Sri Gombak, dekat sini hari ini.
Mohamed Azmin berkata kementeriannya menyasarkan untuk melengkapkan proses imunisasi kepada pekerja industri di bawah PIKAS selewat-lewatnya pada penghujung bulan ini dan melihat kepada prestasi program itu, beliau yakin ia akan dapat dicapai.
Katanya, justeru pada mesyuarat Jemaah Menteri baru-baru ini, beliau telah memohon kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Kesihatan supaya dapat menambah bekalan vaksin bagi program tersebut memandangkan sebahagian besar daripada pusat pemberian vaksin yang dibina oleh syarikat-syarikat menghadapi kekurangan bekalan.
"Saya telah mendapat jaminan daripada Dr Adham Baba (Menteri MOSTI) bahawa mulai bulan ini bekalan vaksin untuk PIKAS akan dipertingkatkan," katanya.
Beliau berkata mempercepatkan proses vaksin COVID-19 dalam kalangan pekerja industri adalah amat penting kerana sektor pembuatan merupakan tulang belakang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
"Berbeza dengan sektor lain, pekerja-pekerja industri terpaksa bekerja di tempat kerja, mereka perlu berada di lokasi, mereka tidak boleh bekerja di rumah, maka mereka terdedah kepada kemungkinan penularan COVID-19.
"Sebab itu saya mahu pekerja-pekerja ini dilindungi, diberi perhatian dan keutamaan untuk mendapat suntikan vaksin supaya mereka lebih selamat dan terjamin bukan sahaja dari segi kesihatan tetapi kita dapat meningkatkan produktiviti negara," katanya.
Terdahulu, Mohamed Azmin menyantuni Mohamad Faiz Yusni, 16, Nur Sofiya, 14, Nur Syazwani, 10 dan Mohamad Fadhil, 9, yang kini tinggal bersama datuk mereka berusia 70 tahun dan mengalami masalah jantung, Mursal Khatip.
Ibu mereka, Salawati Mursal, 41, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada 12 Ogos lepas disusuli nenek mereka, Rasmi Suun, 68, pada 19 Ogos dan bapa mereka, Yusni Ibrahim, 54, pada 30 Ogos, kedua-duanya meninggal dunia di Hospital Selayang.
Mengulas mengenai lawatan itu, Mohamed Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata selain pendidikan, keempat-empat mereka bersama datuk juga akan diberi perhatian terhadap soal kesihatan.
"Bersama saya pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pihak masjid, kami akan menjaga kebajikan anak-anak ini dan datuk mereka... saya telah bagi jaminan kepada mereka bahawa soal pendidikan akan menjadi keutamaan bagi kita.
"Sebagai kerajaan prihatin, kita sentiasa peduli dan memastikan kebajikan keluarga dan waris diberi perhatian termasuklah kepada mana-mana keluarga yang memerlukan dan terkesan akibat COVID-19," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 05 2021
Mohamed Azmin berkata kementeriannya menyasarkan untuk melengkapkan proses imunisasi kepada pekerja industri di bawah PIKAS selewat-lewatnya pada penghujung bulan ini. - Bernama
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
COVID-19: Lebih 98 peratus pekerja sektor pembuatan divaksin menerusi PIKAS - Azmin
PIKAS mencatat prestasi yang amat baik dan membantu menyokong mempercepatkan kadar vaksinasi rakyat Malaysia.
53,571 pekerja industri di Selangor positif COVID-19 sejak Julai
Kumpulan pekerja industri itu dikenal pasti positif COVID-19 sejak Julai, melalui saringan yang dijalankan di tempat kerja masing-masing.
SelVAX: Sejuta warga industri dijangka lengkap terima vaksin menjelang Oktober
SelVAX adalah antara usaha kerajaan negeri bagi mempercepat proses vaksinasi rakyat dengan mengenal pasti kumpulan sasaran serta memelihara pekerja.
Vaksin COVID-19: PPVIN di PICC mula beroperasi hari ini
Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) akan memulakan operasinya hari ini.
Siri konsert dalam talian Malaysia Live!, beri ruang industri hiburan terus menyala
Siri konsert tersebut akan bermula dengan penstriman langsung dua episod pengenalan pada bulan Januari ini.