Susulan wabak COVID-19 yang melanda dunia ketika ini, Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2021 (LIMA’ 21) yang dijadual berlangsung 16 hingga 20 Mac tahun depan dibatalkan.
Menurut Kementerian Pertahanan, wabak tersebut mempunyai impak besar bukan sahaja kepada Malaysia tetapi juga di seluruh dunia, dan ia masih belum dapat ditangani sepenuhnya.
“Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pengangkutan selaku penganjur utama LIMA’21 juga sedar akan impak global COVID-19 yang bukan sahaja dari sudut kesihatan, malah kesan besar terhadap sosial dan ekonomi dunia.
“Sehubungan itu, kerajaan melalui Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Julai lepas memutuskan untuk membatalkan penganjuran LIMA’ 21 berdasarkan impak ekonomi penularan COVID-19,” kata Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan.
Ia menjelaskan, impak ekonomi dilihat memberi kesan besar terhadap jumlah penyertaan pempamer dan pelabur dalam acara antarabangsa seperti LIMA’21.
Ia juga, katanya, berkait rapat dengan langkah diambil oleh kebanyakan negara untuk menutup sempadan dan menyekat perjalanan ke luar negara.
“Ia adalah bagi mengurangkan risiko penularan wabak berkenaan seterusnya menyukarkan pihak kementerian untuk mencapai sasaran penyertaan yang ditetapkan.
“Kekangan masa dalam keadaan mencabar penganjuran acara berskala besar seumpama ini memerlukan tempoh wajar agar dapat dirancang dengan teliti dan terperinci.
"Ini termasuk untuk menjalankan aktiviti promosi serta publisiti bagi mendapatkan sasaran penyertaan dan juga memenuhi keperluan pelbagai sektor berkaitan,” tambahnya.
Kementerian Pertahanan berkata, perkara itu sekali gus mempengaruhi impak kepada penjenamaan LIMA’21 yang selama ini diklasifikasi sebagai pameran maritim dan aeroangkasa utama di rantau Asia.
“Pulangan perbelanjaan kerajaan dan syarikat penganjur kos penganjuran LIMA’21 dijangka meningkat mengambil kira keperluan memenuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.
"Dengan jangkaan jumlah penyertaan akan berkurangan, sukar untuk mencapai pulangan pelaburan berbanding kos yang dikeluarkan kerajaan dan penganjur,” menurutnya.
Tambahnya, keputusan pembatalan juga dibuat setelah mengambil kira pandangan pemegang taruh dan pihak-pihak berkaitan lain.
Astro Awani
Thu Jul 16 2020

Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) selama ini diklasifikasikan sebagai pameran maritim dan aeroangkasa utama di rantau Asia. - Gambar fail

RM45 juta dari Tabung COVID-19 diagihkan - NADMA
Tabung COVID-19 yang dilancarkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Mac tahun lepas telah menerima sumbangan terbaharu sebanyak RM20 juta baru-baru ini.

Proklamasi darurat bukan bermotifkan politik - Takiyuddin
Beliau berkata pengurusan COVID-19 dalam negara adalah lebih penting berbanding tindakan memainkan isu politik ketika ini.

Hanya dua daerah di Sabah zon kuning, tiga zon jingga
Daerah yang berada dalam zon kuning ialah Tongod dan Telupid manakala Nabawan, Beluran serta Kuala Penyu diletak di bawah zon jingga.

Tular lelaki pakai gelang KKM berkeliaran di RnR Bukit Gantang tidak benar
Lelaki yang diperiksa polis pada kira-kira 11.05 pagi semalam bukan warga asing malah tidak mengenakan gelang tangan KKM seperti didakwa.

10 Berita Pilihan - (16 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pasar Pukat | Potong harga hasil laut sehingga 50 peratus
Perintah Kawalan Pergerakan PKP yang dilaksanakan ketika ini ternyata terus memberi kesan kepada sektor ekonomi rakyat. Saban hari, keluh kesah peniaga kami sampaikan. Tetapi lain pula ceritanya di Sungai Buloh ini, apabila Pasar Borong Pukat menurunkan harga hasil laut sehingga 50 peratus sempena PKP. Fareez Azman ada membuat tinjauan petang Sabtu.

Poster PKP di Terengganu, Kedah palsu
Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan kesahihan poster mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Terengganu pada hari ini sehingga 26 Jan seperti yang tular di media sosial.

Polis siasat dakwaan remaja perempuan dirogol tahanan lain ketika dalam lokap
Polis kini menyiasat dakwaan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang mendakwa dirogol tahanan lain ketika berada di dalam lokap Balai Polis Pusat Miri pada 9 Jan lepas.

PRU15 | UMNO perlu tawarkan calon Perdana Menteri baharu untuk Malaysia
UMNO perlu mengadakan pemilihan segera bagi membolehkan rakyat melihat, siapakah yang parti itu boleh tawarkan sebagai calon Perdana Menteri bagi pilihan raya umum seterusnya.

AWANI Ringkas: Pembukaan sekolah di seluruh negara ditangguh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Enam pasukan peroleh lesen penuh kelab kebangsaan
Enam pasukan Liga Malaysia yang diberi lesen kelab kebangsaan secara bersyarat berjaya memenuhi syarat memperoleh lesen kelab kebangsaan.

Harimau Malaya buntu tanpa persediaan optimum
Pasukan bola sepak negara tidak mempunyai pilihan selain terpaksa meneruskan cabaran pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, tanpa persediaan optimum.

Pengiklanan digital beri impak positif dalam pemasaran ketika PKP
Penggunaan iklan digital menerusi televisyen dan radio dapat memberi impak positif dalam jualan dan pemasaran sesebuah perniagaan di era norma baharu ketika ini.

Luqman tiada dalam perancangan Cheng Hoe
Tanpa Luqman, Cheng Hoe membuka ruang kepada beberapa pemain muda dari skuad B-19 negara selain beberapa nama daripada skuad Sukan SEA 2019.

Kisah 'flying doctor' Malaysia bawa obor Olimpik di NHK World
Legenda olahraga negara Tan Sri Dr M. Jegathesan diberi penghormatan menceritakan kisahnya dalam episod terbaru siri pembawa obor Sukan Olimpik Tokyo 1964 yang disiarkan oleh syarikat penyiaran Jepun.

Kedah bakal terima pelaburan dalam teknologi hijau dan pertahanan bernilai RM1.5 bilion
Projek berimpak tinggi itu dijangka jadikan Kedah hab pemasangan kenderaan teknologi hijau dan industri pertahanan utama di Asia Tenggara.

Perdagangan dua hala Malaysia-UAE catat pertumbuhan luar biasa - Al-Sultan Abdullah
Seri Paduka bertitah sebagai hab utama di rantau Asia Barat, UAE sentiasa menjadi negara penting bagi Malaysia dan berperanan sebagai gerbang kepada Malaysia meneroka pasaran baharu.

'Dompet kita tidaklah sebesar Kanada' - Khairy
Kedudukan kewangan Malaysia tidak sebesar negara maju seperti Kanada yang mampu membeli vaksin COVID-19 lima kali ganda populasi negara itu.

Tahniah! Siti Nurhaliza terpilih untuk diabadikan di Walk Of Fame, Adelaide
Berita gembira itu dimaklumkan penyanyi itu sendiri menerusi satu muat naik di laman Instagram peribadinya pada Selasa.

Tiada isu besar halang kerajaan luluskan vaksin - Pakar Kesihatan Awam
Pakar-pakar kesihatan juga menerima pertanyaan mengapa Malaysia mengambil keputusan begitu lama untuk meluluskan penggunaan vaksin di negara ini.