awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apple tawar stor aplikasi pihak ketiga di Brazil selepas ditegur pihak berkuasa
Gambar dimuat naik ke X kini boleh disunting, dijana semula guna AI
NVIDIA bayar US$20 bilion, ambil alih teknologi Groq
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Lokasi pemulangan peranti pengesanan digital ditambah

Bernama
Bernama
09/01/2022
14:14 MYT
COVID-19: Lokasi pemulangan peranti pengesanan digital ditambah
QuickMed memaklumkan pertambahan lokasi baharu itu dengan kerjasama U.n.i Klinik, mula beroperasi sepenuhnya Selasa ini (11 Jan) dari 9 pagi hingga 5 petang setiap Isnin hingga Ahad. - Gambar fail/ Sinar Harian
KUALA LUMPUR: QuickMed akan menambah lokasi pusat pemulangan peranti pengesanan digital bagi memudahkan orang ramai mendapatkan khidmat menanggalkan peranti itu dengan lebih pantas dan efisien, selepas tamat tempoh perintah kuarantin di rumah masing-masing.
QuickMed dalam kenyataan hari ini memaklumkan pertambahan lokasi baharu itu dengan kerjasama U.n.i Klinik, mula beroperasi sepenuhnya Selasa ini (11 Jan) dari 9 pagi hingga 5 petang setiap Isnin hingga Ahad.
"Merujuk kepada kejadian pagi ini, iaitu peningkatan jumlah pengguna yang beratur di sebuah pusat pemulangan peranti pengesanan digital bagi urusan menanggalkan peranti itu, kami ingin memohon maaf kepada mereka yang terlibat.
"Kami ingin memaklumkan perkara tersebut telah diselesaikan dengan segera dalam tempoh 30 minit selepas dibangkitkan ke pihak sewajarnya," menurut kenyataan itu.
QuickMed adalah penyelesaian penjagaan kesihatan digital Edgenta NXT Sdn Bhd iaitu anak syarikat UEM Edgenta Berhad di bawah bahagian Healthcare Solutions, yang dilantik memasang Sistem Pengurusan Kuarantin Rumah (HQMS) kepada pengembara yang tiba dari negara berisiko tinggi dan kes positif yang telah dinilai oleh Pusat Penilaian COVID-19 (CAC).
Menurut kenyataan sama, individu yang sudah melengkapkan tempoh perintah kuarantin boleh hadir ke lokasi terdekat untuk menanggalkan peranti pengesanan digital mereka tanpa perlu janji temu.
"Kawasan menunggu di klinik-klinik berkenaan adalah terhad dan lokasi utama di UEM Edgenta Learning Centre yang terletak di 5, Jalan 51/217, Seksyen 51, 46050 Petaling Jaya, Selangor, kekal beroperasi pada hari dan masa yang sama," menurut kenyataan itu.
Penambahan lokasi di Lembah Klang antaranya di U.n.i Klinik Bangi; U.n.i Klinik Shah Alam; U.n.i Klinik Cheras; U.n.i Klinik Kota Damansara dan U.n.i Klinik Telok Panglima Garang dan untuk maklumat lanjut serta senarai lengkap semua lokasi Pusat Penanggalan, sila layari www.uemedgenta.com/hqms.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#peranti pengesan digital
#COVID-19
#kuarantin
#QuickMed
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan