Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat satu lagi kes kematian akibat COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia sebanyak 77 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat 12 tengah hari Isnin, terdapat 134 kes positif baharu dan ia menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di negara ini sebanyak 4,817 kes.
Kata Dr Noor Hisham, terdapat 168 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah sebanyak 2,276 kes yang bersamaan dengan 47.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
“Oleh itu, setelah kes kumulatif ditolak dengan kes discaj dan kematian, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID- 19 adalah 2,464 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan di hospital.
“Sehingga kini, seramai 66 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 36 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam sidang media harian pada Isnin.
Beliau juga berkata, pertambahan satu lagi kes kematian berkaitan COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di negara ini adalah sebanyak 77 kes (1.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Sementara itu, Dr Noor Hisham menerusi kenyataan terbaharu di Facebook memaklumkan telah berlaku sedikit ralat tentang penambahan satu kes kematian setakat Isnin.
Kes kematian ke-77 (kes ke-2797) adalah merupakan kontak rapat kepada kes indeks (iaitu kes ke-703). Ini bermakna kes ke-2797 tersebut bukan merupakan kes indeks dan tidak menyertai perhimpunan di Seri Petaling.
Harits Asyraf Hasnan
Mon Apr 13 2020

DR NOOR HISHAM: Sehingga kini, seramai 66 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 36 kes memerlukan bantuan pernafasan. - gambar fail

KP Kesihatan akui bukan mudah, tapi petugas kesihatan tiada cara lain
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu, berperang dengan COVID-19 dalam tempoh yang lama iaitu lebih setahun dan tidak nampak penghujung pertempuran dengan pandemik ini menyebabkan ramai petugas barisan hadapan dan pengurusan KKM menghadapi kelesuan mental dan fizikal. Atas sebab itu, perkhidmatan kesihatan mental dan sokongan psikososial yang berjalan sejak Januari tahun lalu bagi membolehkan petugas kesihatan dibantu.

Kapasiti makmal KKM telah dipertingkatkan
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, keupayaan makmal KKM telah dipertingkatkan iaitu sebelum ini terdapat sebanyak 23 makmal yang menjalankan 1,000 ujian RT-PCR, kini telah tingkatkan keupayaan 68 buah makmal yang menjalankan ujian RT-PCR lebih 70,000. Atas sebab itu, kata beliau, pihaknya melihat keupayaan makmal untuk menjalankan 100,000 ujian RT-PCR dan menjalankan saringan RT-Antigen.

Kebanyakan petugas kesihatan yang dijangkiti #COVID19 daripada komuniti
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu, KKM telah mengesan semua kontak rapat petugas yang positif COVID-19 di Shah Alam. Petugas kesihatan tidak bercampur dengan ICU-ICU lain atas sebab itu tidak pernah berlaku jangkitan di situ. Tambah beliau, semua petugas kesihatan akan menjalani ujian secara berkala.
![AWANI Sarawak [21/01/2021] - Jumlah keseluruhan positif 2,702 | Kos RM405 juta AWANI Sarawak [21/01/2021] - Jumlah keseluruhan positif 2,702 | Kos RM405 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/7434461861611228908298/1886651_26098767671611229390210_640x360.jpg)
AWANI Sarawak [21/01/2021] - Jumlah keseluruhan positif 2,702 | Kos RM405 juta
Laporan berita padat dan ringkas dari Bumi Kenyalang bersama Nailah Huda membawakan tumpuan berikut: - Satu kematian, 132 kes positif baharu di Sarawak - Rakyat terkesan COVID-19, Abang Jo umum pakej BKSS 5.0 - Sarawak terus jadi destinasi pelabur asing Saksikan #AWANISarawak setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
![[SIDANG MEDIA] Perkembangan jangkitan kes #COVID19 - 21 Jan 2021 [SIDANG MEDIA] Perkembangan jangkitan kes #COVID19 - 21 Jan 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/35331857471611228380481/1886650_744771611228591810_640x360.jpg)
[SIDANG MEDIA] Perkembangan jangkitan kes #COVID19 - 21 Jan 2021
Ikuti sidang media oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkenaan perkembangan terkini penularan wabak #COVID19 di negara ini.

Malaysia ada formula tepat bagi pemulihan - Tengku Zafrul
Malaysia mempunyai formula yang tepat untuk meletakkan negara ini pada landasan pemulihan, baik dari segi kesihatan awam mahupun ekonomi, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Pastikan penumpang ada kebenaran rentas daerah, negeri - Ka Siong
Perkhidmatan teksi, kereta sewa dan e-hailing dibenarkan beroperasi sepenuhnya sepanjang pelaksanaan PKP namun mereka perlu memastikan penumpang memiliki kebenaran.

Kerja, belajar dari rumah: Aktiviti politik masih perlu bersemuka?
TATKALA ramai yang bekerja dari rumah, belajar dari rumah, timbul persoalan berkenaan aktiviti politik - masih terikat cara tradisional, perlu bersemuka.

PKPD di Asrama Westlite, Johor Bahru tamat esok -Ismail Sabri
Meskipun ditamatkan, lokaliti ini masih lagi tertakluk dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikenakan di seluruh negeri Johor.

Hanya pelajar bergejala perlu jalani ujian saringan sebelum pulang ke asrama
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, jika ujian saringan diwajibkan kepada semua, ia melibatkan kos. Katanya, Kerajaan tidak mahu membebankan kos dan pandangan KKM menyatakan tidak perlu lakukan pada semua hanya tumpu pada yang bergejala jika terdapat jangkitan COVID-19.

COVID-19: 12 kes kematian dan 3,170 kes baharu - Dr Noor Hisham
3,170 kes baharu dicatatkan, menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 172,549.

Hospital swasta berdepan cabaran kemampuan, infrastruktur untuk terima pesakit COVID-19 - Persatuan
Hospital swasta berdepan cabaran kemampuan serta kapasiti infrastruktur sebelum dapat menerima dan merawat pesakit COVID-19.

Usah bimbang keselamatan dan keberkesanan vaksin Pfizer - Pakar
Rakyat Malaysia tidak harus bimbang dengan keberkesanan dan keselamatan vaksin dihasilkan syarikat farmaseutikal, Pfizer.

Cuepacs cadang wujud pasukan pemantau bebas KKM kaji masalah kemudahan kesihatan
Cuepacs mencadangkan KKM menubuhkan pasukan pemantau bebas di setiap negeri bagi menilai dan mengkaji setiap permasalahan yang berlaku di fasiliti atau kemudahan kesihatan dengan segera.

Dr Ali Noor meninggal dunia bukan kerana terlampau penat - Dr Noor Hisham
KKM menafikan kematian Dr Ali Noor Hassan adalah disebabkan terlampau penat dengan beban tugas sejak Disember lalu berikutan peningkatan kes COVID-19 yang mendadak di negara ini.

Dakwaan wanita, anak dijangkiti COVID-19 kerana kekhilafan KKM disiasat - Dr Noor Hisham
KKM sedang menjalankan siasatan mengenai dakwaan seorang wanita yang mendakwa kekhilafan kementerian itu sehingga menyebabkan dia dan anaknya dijangkiti COVID-19 daripadanya suaminya.

Ahmad Said dan isteri positif COVID-19
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said serta isterinya, Toh Puan Seri Norliza Mahmud disahkan positif COVID-19.

14 lagi kematian COVID-19 dilaporkan: Ini lima tumpuan sidang media KKM hari ini
Malaysia catat 14 lagi kes kematian baharu akibat COVID-19 hari ini dengan kes baharu COVID-19 masih pada empat angka.

KKM mantapkan pemantauan kuarantin di rumah
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memantapkan pemantauan kuarantin atau pengasingan diri di rumah ke atas pesakit yang berisiko rendah dan tidak bergejala.

Hasil PKP 2.0 masih belum dapat dilihat- Dr Noor Hisham
KKM masih belum dapat melihat kesan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang dilaksanakan pada ketika ini.