Malaysia menyekat sementara kemasukan semua pelawat yang berada atau pernah berkunjung ke bandar atau wilayah di Itali, Jepun dan Iran dalam tempoh 14 hari sebelum ketibaan di Malaysia.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata sekatan sementara berkuat kuasa serta-merta melibatkan bandar Lombardy, Veneto dan Emilia-Romagna di Itali; Hokkaido di Jepun; dan Tehran, Qom dan Gilan di Iran itu diputuskan pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kluster Penyakit Coronavirus (COVID-19) yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali hari ini.
Bercakap pada sidang media selepas mesyuarat yang berlangsung di bangunan Perdana Putra di sini, Noor Hisham berkata sekatan itu turut meliputi semua pelawat tanpa mengira warganegara yang berada atau pernah berkunjung ke bandar atau wilayah itu dalam tempoh 14 hari sebelum ketibaan di Malaysia.
BACA: COVID-19: 5 kes baharu dicatat hari ini
"Mengambil kira status semasa penularan COVID-19 di negara ini, mesyuarat antara lain memutuskan agar rakyat Malaysia yang berada di bandar atau wilayah itu mengambil langkah berjaga-jaga, meningkatkan penjagaan kesihatan diri dan sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.
"Selain itu, rakyat Malaysia di luar negara juga digalak untuk mendaftar diri dengan Kedutaan Malaysia yang berhampiran," katanya.
Sebelum ini, Malaysia juga telah memutuskan menyekat sementara kemasukan pelawat dari Korea Selatan serta beberapa wilayah di China selepas penularan wabak tersebut yang semakin membimbangkan.
Noor Hisham berkata arahan sekatan sementara kemasukan turut melibatkan semua pelawat kecuali warganegara, pemastautin tetap, pemegang pas sosial dan pas pelajar Malaysia yang berada atau berkunjung ke bandar atau wilayah itu dalam tempoh 14 hari sebelum memasuki negara ini.
Dalam pada itu, Noor Hisham berkata pejabat atau organisasi yang dikesan mempunyai kes positif COVID-19 tidak perlu membuat penutupan pejabat sebaliknya memadai dengan hanya menjalankan pembersihan dan nyah kuman atau disinfeksi dengan kerap di kawasan yang selalu disentuh.
Beliau berkata ia bagi mengelak keadaan panik di pejabat apabila terdapat kes positif atau disyaki dalam kalangan anggota agensi.
Anggota yang dikenal pasti sebagai kontak rapat oleh Kementerian Kesihatan akan dibuat saringan kesihatan dengan mereka yang berkenaan perlu bertenang dan memberikan kerjasama dengan memberikan maklumat yang tepat apabila dihubungi petugas kesihatan.
"Pada masa yang sama, semua pihak diminta tidak menularkan sebarang maklumat yang boleh menyebabkan kebimbangan kepada orang awam," katanya dan menambah pihaknya telah menyerahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkenaan berita palsu berkaitan COVID-19 yang ditularkan di media sosial.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 05 2020
Sebelum ini, Malaysia juga telah memutuskan menyekat sementara kemasukan pelawat dari Korea Selatan serta beberapa wilayah di China. - Gambar fail/Astro AWANI
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.