Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa agar langkah pencegahan ekstra perlu diambil untuk menghentikan penularan COVID-19 dalam kalangan pekerja, khususnya pekerja asing.
Presiden MMA Dr N Ganabaskaran berkata tumpuan lebih perlu diberikan kepada jarak fizikal selamat, pemakaian pelitup muka dan kebersihan diri dalam kalangan pekerja, dengan ujian saringan ditumpukan kepada pekerja asing selaras dengan pendekatan tertumpu Kementerian Kesihatan (KKM).
Beliau berkata selain pentingnya menjalani ujian saringan COVID-19, penekanan lebih juga perlu diambil untuk mencegah pendedahan kepada risiko jangkitan.
"Seseorang mungkin memperoleh keputusan ujian negatif dan masih terdedah kepada jangkitan selepas menjalani ujian, jika langkah pencegahan seperti jarak fizikal dan kebersihan diri tidak dipantau.
"Dengan peningkatan kes jangkitan COVID-19 dalam kalangan pekerja asing (sah, tidak sah, tanpa dokumen), adalah perlu untuk menguji kumpulan ini dengan data berdaftar," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata majoriti pekerja asing di negara ini tinggal dalam keadaan bersesak di asrama pekerja, kabin tapak pembinaan, bilik rumah kedai, rumah teres atau pangsapuri yang jarak fizikal dan kebersihan diri sukar dipantau.
"SOP (prosedur operasi standard) untuk penginapan pekerja asing mungkin diperlukan bersama pemeriksaan rawak oleh pihak berkuasa.
"Walaupun ujian ke atas pekerja asing diperlukan, beberapa langkah mesti diambil untuk mengatasi keadaan hidup pekerja asing," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 25 2020
Ganabaskaran berkata tumpuan lebih perlu diberikan kepada jarak fizikal selamat, pemakaian pelitup muka dan kebersihan diri dalam kalangan pekerja. - Gambar fail
Tumbuk pengadil, tiga kad merah hiasi drama aksi Aceh bertemu Sulawesi Tengah
Tempoh 90 minit perlawanan disulami aksi panas susulan kekasaran demi kekasaran kerap berlaku sehingga mencipta pelbagai drama sensasi.
LaLiga: Lima kemenangan dalam lima aksi buat Barcelona, Hansi Flick semakin membara
Dua jaringan dalam tempoh tujuh minit daripada pemain muda itu cukup untuk mendahului perlawanan dalam separuh masa pertama.
71 kontinjen sertai perarakan Maulidur Rasul peringkat Negeri Sembilan
Perarakan melibatkan beberapa jalan antaranya Jalan Kuil, Jalan Dato Hamzah, Jalan Yam Tuan, Jalan Dato Sheikh Ahmad, Jalan Taman Bunga dan Bulatan Istana.
44 rumah musnah terbakar di Penangah
Pada awalnya, kebakaran hanya melibatkan tiga rumah namun api telah merebak dan menyebabkan lebih 40 rumah turut musnah.
EPL: Tottenham Hotspur tanggung malu tewas kepada Arsenal
Arsenal memperoleh kemenangan ketiga saingan EPL selepas menumpaskan seteru tradisi London, Tottenham Hotspur di Stadium Tottenham.
RIUH Bah! akan terus dilaksana, beri peluang anak muda tunjuk bakat - Fahmi
Acara itu terbukti dapat memberi ruang terutama kepada para usahawan dan pemuzik menunjukkan bakat masing-masing.
Golongan muda 'penentu' PRK Mahkota, cabaran BN pastikan kemenangan lebih baik
Ku Hasnan berkata, golongan muda mendominasi jumlah pengundi DUN Mahkota, menjadikan parti yang bertanding perlu bijak menambat hati mereka.
Keluarga Diraja British ucap selamat hari ulang tahun keputeraan ke-40 kepada Putera Harry
Putera Harry menyambut hari ulang tahun keputeraannya pada Ahad bersama isteri, Meghan, dan cahaya mata mereka Putera Archie serta Puteri Lilibet.
Pesta Pantai Tanjung Bidara dijadikan acara tahunan
Pesta Pantai Tanjung Bidara secara tahunan itu akan dilaksanakan bermula tahun depan dengan tarikh sambutan ditetapkan pada 13-15 September.
Pemimpin masyarakat disaran mohon dana Sejati MADANI, jana ekonomi setempat - Fahmi
Untuk program SejaTi MADANI, kerajaan menerusi ICU Pusat menyediakan peruntukan sehingga RM100,000 dan permohonan masih dibuka hingga 30 Sept.
COVID-19: Singapura beralih ke Fasa Dua pembukaan semula mulai 19 Jun
Keputusan untuk menamatkan Fasa Satu yang bermula pada 2 Jun lepas turut mengambil kira jumlah kes di asrama pekerja asing yang berkurangan.
COVID-19: MMA gesa langkah pencegahan ekstra, ujian saringan ke atas pekerja asing
Tumpuan lebih perlu diberikan kepada jarak fizikal selamat, pemakaian pelitup muka dan kebersihan diri dalam kalangan pekerja.
COVID-19: 40 kes positif baharu di Singapura, jumlah kes naik kepada 385
Daripada 40 kes baharu itu, 30 adalah kes dari luar dan bakinya adalah 10 kes tempatan.
Perintah larangan pergerakan, ramai pilih pulang ke kampung
Kesesakan yang berlaku dan ramai orang berada di tempat awam pada satu-satu masa berkemungkinan boleh meningkatkan lagi jumlah kes penularan COVID-19.