PUTRAJAYA:Virus COVID-19 Kluster Benteng LD, Sabah yang dikesan mempunyai jenis mutasi D614G didapati datang dari Indonesia dan Filipina.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata berdasarkan kajian dijalankan makmal Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), meskipun kumpulan mutasi sama (D614G) dikesan bagi beberapa kluster di Kedah, kedua-duanya mempunyai ciri berbeza.
"Kita telah juga melaksanakan kajian strain virus di Sabah (Kluster Benteng LD) dan strain itu juga D614G (tetapi) datang dari Indonesia dan Filipina. Strain yang kumpulan sama (Kluster PUI Sivagangga, Kluster Tawar, Kluster Sungai, Kedah) tapi ciri-cirinya tidak sama.
"Oleh itu, kita rasa kebolehjangkitan meningkat sikit kalau dibandingkan dengan strain sebelum ini. (Namun) Apa yang penting adalah mengambil tindakan kesihatan awam," katanya dalam sidang media perkembangan terkini COVID-19 hari ini.
Sebelum ini, Dr Noor Hisham dilaporkan berkata terdapat kewujudan mutasi D614G virus COVID-19 yang didapati 10 kali lebih mudah menjangkiti individu lain dan mudah merebak sekiranya disebar oleh individu 'super spreader' dalam Kluster Sivagangga.
Dalam pada itu, mengambil contoh nilai kadar kebolehjangkitan (nilai R-naught) yang berjaya diturunkan di Kedah, Dr Noor Hisham berkata langkah pencegahan di peringkat awal penting dalam menangani penyebaran COVID-19 di Sabah.
"Di Kedah, contohnya (nilai R-naught) pada peringkat awal adalah tinggi iaitu melebihi 2.0 tapi sekarang kita berjaya turunkan. Di Sabah, kita lihat R-naught 1.4, jadi tindakan kita sekarang iaitu Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di empat daerah.
"Selain itu, sekatan jalan raya antara daerah, tindakan kesihatan awam dan mengetatkan kawalan sempadan dilaksanakan. Kita percaya dengan tindakan kita seperti dulu, kita boleh kawal jangkitan di Sabah," katanya.
Beliau turut menekankan sama seperti di Selangor, walaupun kes positif dicatatkan tidak tinggi seperti di Sabah, pelaksanaan tindakan kesihatan awam penting memandangkan nilai kebolehjangkitan negeri itu adalah 1.9.
"Untuk tempoh sembilan bulan kita dah guna pakai tindakan kesihatan awam dan berjaya tamatkan 100 kluster. Kini ada 24 kluster aktif yang kita sedang pantau. Peperangan masih berjalan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 01 2020
Langkah pencegahan di peringkat awal penting dalam menangani penyebaran COVID-19 di Sabah. -Gambar fail
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
OpenAcademy: How microlearning transforms Malaysia's work landscape?
OpenAcademy, a Malaysian ed-tech startup, directly addresses the critical need for workforce upskilling in Malaysia. Their user-friendly mobile platform delivers microlearning modules focused on practical, industry-relevant digital skills. This empowers Malaysians at all career stages to enhance their skill sets and remain competitive in the evolving digital landscape.
The future of Malaysia's semiconductor industry
The Investment, Trade and Industry Ministry (MITI) will draw up a comprehensive strategic semiconductor plan to ensure that malaysia remains the chosen investment destination for this strategic industry. What role does Malaysia currently play in the global semiconductor supply chain, and how do you see this evolving in the coming years?
Mesyuarat PAC: Teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
MPOB komited untuk menangani isu-isu industri dengan berkesan di samping memperhebat usaha penyelidikan dan pembangunan.
Bantahan perang di Gaza meningkat di universiti, kolej AS
Penunjuk perasaan mendesak agar dihentikan korban awam di Gaza yang kini mencecah lebih 34,000.
MITI optimis prestasi perdagangan lebih baik pada 2024
Tengku Zafrul menjelaskan, MITI juga memperbaharui fokusnya dengan berpaksikan kepada empat tunjang utama iaitu ekonomi, kelestarian, rakyat dan inovasi.
Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.
Kejayaan IJN lakukan 2 pemindahan jantung bukti perlu tingkatkan penderma organ
IJN memaklumkan terdapat terdapat 22 pesakit di pusat rawatan tersebut sedang menunggu penderma yang sesuai untuk menerima pemindahan menyelamatkan nyawa.
Dr Noor Hisham dilantik pengerusi baharu IJN
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulah dilantik sebagai Pengerusi Institut Jantung Negara (IJN) yang baharu, berkuat kuasa 1 Dis lepas.
Nama diperguna, Dr Noor Hisham saman premis minuman herba
Dr Noor Hisham berkata, beliau tidak mempunyai pilihan lain selain mengheret syarikat itu ke mahkamah.
Bekas KP Kesihatan Dr Noor Hisham dilantik Canselor UoC
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Canselor Universiti Cyberjaya (UoC) berkuat kuasa 1 Okt lepas.
Dr Noor Hisham kembali berkhidmat di hospital
Pada setiap hari Isnin, Dr Noor Hisham akan melakukan pembedahan, sementara pada hari Selasa pula memberikan konsultansi di klinik.
Dr Noor Hisham pengerusikan sesi libat urus dan perbincangan TAG UHC di Manila
Mesyuarat akan memfokuskan kepada perbincangan mengenai liputan kesihatan sejagat termasuk pembelajaran daripada impak COVID-19.
Dr Noor Hisham dilantik Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI.
Putri Ariani seorang superstar dan mungkin akan menang Grammy, kata Dr Noor Hisham
Bukan calang-calang bakat Putri Ariani dari Indonesia ini sehingga seluruh dunia mengaguminya.
Dr Muhammad Radzi Ketua Pengarah Kesihatan baharu
Dr Muhammad Radzi menggantikan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang bersara baru-baru ini.