KUALA LUMPUR: Negeri Sembilan melaporkan kes harian tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 1,392 kes (39.3 peratus).

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), peningkatan kes mendadak di Negeri Sembilan adalah disebabkan oleh pengesanan aktif daripada Kluster Industri Sungai Gadut.

Kluster ini telah diumumkan pada 22 Februari 2021 hasil saringan bersasar di tempat kerja yang melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang pembuatan produk kayu yang terletak di Kawasan Perindustrian Sungai Gadut, KM 11, Seremban.

Pada hari ini, sebanyak 1,338 kes baharu untuk kluster ini dilaporkan.

Jumlah keseluruhan kes dalam kluster ini sehingga 24 Februari 2021 adalah 1,432 kes. Daripada jumlah ini, sebanyak 318 kes merupakan warganegara manakala 1,114 kes merupakan bukan warganegara.

KKM juga memaklumkan terdapat lapan kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan tujuh kluster berkaitan tempat kerja dan satu kluster melibatkan komuniti.

Berikut adalah princian lapan kluster baharu:

KLUSTER JALAN ENAM
KLUSTER JALAN ULU CHOH
KLUSTER PERINDUSTRIAN LUKUT
KLUSTER JALAN DATO YUNUS
KLUSTER SINSINGON
KLUSTER PASAR BIDOR
KLUSTER LORONG BAKAU
KLUSTER VISTA HILIR