KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau R-naught (Rt) di Malaysia mencatat sedikit kenaikan pada Selasa.

Ia naik ke nilai 1.02 berbanding 1.0 pada hari sebelumnya.

Namun, secara purata untuk seminggu, kadar itu semakin mencatat trend penurunan.

Sembilan negeri mencatatkan Rt melebihi purata kebangsaan dengan Perlis tertinggi pada 1.28, diikuti Sarawak 1.22 dan Sabah 1.21.

Negeri/wilayah lain ialah Pulau Pinang 1.18, Kelantan 1.10, Perak 1.07, Kedah 1.06, Pahang 1.05, Terengganu 1.03 dan Melaka 1.02.

Sementara itu, negeri/wilayah yang mencatat Rt di bawah purata kebangsaan ialah Johor 1.01, Selangor 0.94, Kuala Lumpur 0.88, Negeri Sembilan 0.87, Putrajaya 0.78.

Labuan pula mencatat empat kes baharu.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac, manakala yang tertinggi 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.