NILAI kadar kebolehjangkitan di Malaysia kembali mencatat trend penurunan untuk dua hari berturut-turut.

Pada Sabtu, angka itu susut kepada 0.94 berbanding 0.95 hari sebelumnya.

Sebanyak tujuh negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

Sarawak kekal merekodkan kadar tertinggi dengan 1.08, diikuti  Terengganu, Pahang, Perak,  Johor, Pulau Pinang, dan Kelantan.

Sementara itu, Putrajaya, Perlis, Melaka, Sabah, Kedah, Negeri Sembilan, Selangor, dan Kuala Lumpur catat R-naught di bawah purata kebangsaan.

Labuan, yang sudah mencapai imuniti kelompok mencatatkan 11 kes baharu COVID-19.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.