KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan (R-naught) COVID-19 di Malaysia mencatatkan penurunan pada Sabtu.

Angka itu susut ke 1.05 berbanding 1.08 pada hari sebelumnya.

Terengganu kekal mencatatkan nilai R-naught tertinggi dengan 1.29.

Manakala negeri dan wilayah lain yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan tinggi dan melebihi angka 1.0 ialah Putrajaya, Perak, Pahang, Kedah, Melaka, Pulau Pinang.

Turut mencatat angka lebih 1.0 ialah Johor, Selangor dan Negeri Sembilan.

Sarawak, Sabah dan Kelantan merekodkan kadar kebolehjangkitan di bawah angka 1.0.

Sementara itu, Labuan dan Perlis masing-masing mencatatkan tiga dan dua kes baharu COVID-19.

Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula 13 Januari ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi pernah dicatatkan ialah 1.19 pada 17 April lalu.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.